Oleh pada 12 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Beautifulnara

Isu penahanan Datuk Farid Kamil dihangatkan lagi dengan penularan sebuah video Bigo Live. 

Dikatakan, video siaran langsung Farid bersama aktor Sofi Jikan itu dirakamkan beberapa jam sebelum beliau berkelakuan aneh dan mengamuk di balai polis.

Isi kandung video berkenaan memaparkan Farid mengulas tentang aktiviti kerjaya seninya dalam drama dan filem terbaru.

Pun begitu, sesetengah pihak mendakwa perlakuan Farid dalam rakaman berkenaan agak 'pelik' dan seperti sedang berkhayal. 

Selain itu, Farid juga dilihat enggan mengulas soal politik meskipun ada yang memintanya menjawab tentang isu tersebut. 

Sumber berita: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)