Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera
Sejak mendirikan rumah tangga, aktres Ummi Nazeera dan suami, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani sering mendapat perhatian terutama di kalangan pengguna laman sosial.
Apatah lagi pasangan ini gemar berkongsi foto-foto menarik menggambarkan kebahagian mereka di awal usia perkahwinan.
Apa yang menarik perhatian adalah tindakan suami Ummi yang pernah menyunting foto sebelum dimuat naik di laman sosial.
Ini gara-gara Izzar dikatakan tidak gemar mendedahkan aurat si isteri kepada khalayak.
Sekeping foto menjadi tular yang mana memperlihatkan Ummi sedang memandu kereta, namun bahagian tangannya digelapkan oleh suami melalui proses suntingan.
Kredit foto: Instagram Izzar
Difahamkan ketika itu pasangan berkenaan sedang menikmati percutian di Besut, Terengganu.
Ummi dalam sebuah kenyataan terbarunya memberitahu dia sedar tindakan suaminya itu menerima pujian ramai.
"Saya tahu ada yang memuji tindakan suami mengedit foto. Apatah lagi dengan keterangan gambar yang dianggap manis.
"Namun, saya tak anggap ia manis hingga nak termuntah! Ia lebih kepada keikhlasan yang datang dari hati," katanya yang dipetik daripada portal Berita Harian Online.
Selain itu, Ummi berkata, Dr Mohd Izzar bukanlah seorang lelaki romantik dan pandai bermain kata (sweet talker).
"Bayangkanlah, ketika melamar saya, dia duduk di sebelah dan bertanya apakah saya mahu berkahwin dengannya.
"Cukup 'sempoi' lamaran itu. Saya tahu dia bukanlah jenis lelaki romantik," katanya.
Antara pujian yang dilontarkan netizen di laman sosial:
"Saya suka bila awak tutup bahagian tangan isteri awak yang terbuka" dan "Tahniah doktor kerana menjaga aurat isteri".
Ummi dan Dr Mohd Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai lalu.
Sumber berita: BH Online