Aktres Ummi Nazeera dan suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani diraikan dalam sebuah majlis bertandang bagi pihak pengantin lelaki pada 19 Ogos lalu.
Majlis yang berlangsung dengan gilang-gemilang itu menyaksikan pasangan pengantin mengenakan persalinan songket berwarna kelabu lembut.
Hadir memeriahkan majlis adalah ahli keluarga daripada kedua-dua pihak serta sahabat-handai.
Menerusi laman Instagram, Ummi memberikan sepatah dua kata.
Seronoknya lepas hantar anak saudara ke rumah besan.. menari ya. Inilah keluarga saya. Alhamdulillah semuanya gembira. Yang paling penting bagi Ummi dan suami ialah restu keluarga. Itu yang banyak kali naik pelamin ni. Ummi cucu pertama Arwah Haji Musa yang kahwin. Boleh nampak mereka gembira. Alhamdulillah.. Kami suami isteri ikut saja.
Sumber: Instagram Ummi Nazeera
Ruangan komen kiriman itu dibanjiri dengan ucapan tahniah. Rata-ratanya berharap perkahwinan Ummi akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Khas buat para peminatnya, Ummi berkongsi beberapa keping foto menarik sepanjang majlis berlangsung.
Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera