Kredit foto: Instagram Umie Aida

Pelakon Datin Seri Umie Aida mengalami kesukaran bernafas hanya kerana makan buah cempedak!

Umie, 45, menceritakan peristiwa itu di Instagram, berkata, secara kebetulan kejadian berlaku ketika suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sedang makan tengah hari di rumah.

"Tak sampai seulas Me (Umie) makan cempedak. Boleh kena serang angin sampai ke ulu hati. SubhanaAllah, sakitnya sampai tak boleh bernafas.

"Kebetulan suami balik nak makan tengah hari, terus hantar Me pergi hospital," tulisnya.

Mengukuhkan lagi kenyataan, Umie memuat naik video dia didukung oleh suami turun dari tangga. Rakaman itu sehingga kini meraih lebih 260,000 tontonan.

alami kesukaran bernafas umie aida dikejarkan ke hospital 2

Kredit foto: Instagram Umie Aida

Kata pelakon filem Dukun itu, dia bagaimanapun kembali pulih sebelum jururawat hendak memberikan suntikan.

"Yang peliknya sampai hospital, doktor periksa dan jururawat baru nak bagi suntikan, sakit Me terus hilang. Me cakap tak perlu suntikan doktor.

"Saya dah sihat. Sakit ni pernah terjadi kat Penang pada tahun 2002. Sakit beria-ria. Sampai hospital terus baik. Angin kus kus kot," katanya.

Umie bagaimanapun bersyukur kerana keadaannya kembali seperti sediakala dan berterima kasih kepada peminat yang mendoakan.

Menurut Umie lagi, itu kali terakhir dia menjamah cempedak serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

"Apa-apa pun, alhamdulillah. Dah sihat. Dah balik rumah. Sumpah tak nak makan cempedak lagi! Bye cempedak bye!!!

"Terima kasih mendoakan kesihatan saya," katanya.

Pendedahan itu membuatkan ramai pengikutnya terkejut dan bersimpati.

Antara yang memberi komen termasuk mereka yang melalui pengalaman sama seperti diceritakannya itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)