Oleh pada 10 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Selepas meraih kejuaraan dalam program realiti Muzikal Lawak Superstar musim ketiga, kumpulan Ubi kini mempersembahkan sebuah program komedi terbaru yang berformat persembahan langsung berjudul ‘Ubi Superstar Live’.

Dibintangi oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie Smy, program ini menggabungkan unsur lakonan dan nyanyian dalam setiap episod yang berdurasi satu jam, dengan menampilkan pelbagai sketsa komedi yang berbeza setiap minggunya.

Untuk menghangatkan lagi persembahan dalam ‘Ubi Superstar Live’, kumpulan ini akan bersama-sama dengan rakan seperjuangan mereka dalam industri komedi tanah air iaitu Shuib Sepahtu dan Ajak Shiro, serta beberapa selebriti undangan yang bukan dari kalangan pelawak.

Mereka juga akan menggunakan Live Props dalam sketsa-sketsa mereka seperti yang pernah dilakukan dalam Muzikal Lawak Superstar, kerana elemen ini terbukti mendapat sambutan hangat dari para penonton.

   

ubi superstar

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis Episod Dan Tetamu Mingguan

Minggu / Episod 1

Tajuk: Titah Sultan

Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023

Sinopsis : Sketsa parodi zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menampilkan watak Laksamana Hang Tuah serta empat saudaranya, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Tetamu Undangan: Remy Ishak, Marsha Milan Londoh, Kamarool Haji Yusoff

ubi live

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Minggu / Episod 2

Tajuk: High Kansel

Tarikh Tayangan: 2 Mac 2023

Sinopsis : Sketsa parodi drama Projek: High Council yang juga menampilkan parodi watak-watak dalam siri televisyen yang popular tersebut.

Tetamu Undangan: Amir Ahnaf, Wan Sharmila

   

ubi superstar live minggu

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

   

Minggu / Episod 3

Tajuk: Di Bawah Langit Yang Sama

Tarikh Tayangan: 9 Mac 2023

Sinopsis : Menceritakan perbezaan kehidupan antara keluarga kaya dan keluarga miskin yang menyebabkan konflik ketika keluarga kaya meremehkan nasib manusia yang tidak berkemampuan seperti dirinya.

Tetamu Undangan: Datuk AC Mizal, Wafariena Roslan

   

Minggu / Episod 4

Tajuk: Takdir & Waktu

Tarikh Tayangan: 16 Mac 2023

   

Sinopsis : Berkisar di sekitar pengalaman peserta Kem Jati Diri yang diadakan menjelang bulan Ramadan.

Tetamu Undangan: Vanida Imran, Sazali Samad, Dayang Areeda

   

ubi lawak superstar

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

   

Jumlah Episod Dan Waktu Siaran

Dibarisi Fad Bocey, Namie SMY, Sharif Zero, Shuib Sepahtu dan Ajak Shiro, program muzikal komedi terkini ini akan menghiasi skrin televisyen dengan berkonsepkan sitkom komedi istimewa yang penuh kreativiti selama empat episod.

Rancangan ini akan disiarkan secara langsung selama satu jam bermula pada 23 Februari 2023.

Persembahan komedi ‘Ubi Superstar Live’ akan ke udara setiap hari Khamis, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107). Selain itu, ia turut boleh didapati di platform digital, Astro Go dan On Demand di Astro Box.

‘Ubi Superstar Live’ juga bakal menampilkan episod istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri dengan konsep muzikal komedi yang akan memeriahkan suasana hari raya tahun ini. Episod istimewa ini diberi nama ‘Ubi Superstar Raya’.

Baca: Biodata Namie Smy (Kumpulan Ubi)

Kredit video: MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 3 MINGGU 1 - UBI




Hakcipta iluminasi.com (2017)