Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Menggunakan konsep 'Kreativiti Luar Limitasi', 'The Hardest Singing Show' merupakan rancangan yang mengetengahkan tidak hanya bakat vokal peserta, malah juga kestabilan fizikal, mental dan kreativiti mereka dalam persembahan.
Peserta yang terkenal dalam bidang nyanyian akan berentap dalam program realiti terbaru Astro ini, yang disertai oleh panel juri ternama dan hos berpengalaman dalam dunia hiburan. 'The Hardest Singing Show' menjanjikan satu pengalaman pertandingan yang luar biasa dan tidak terlupakan dalam dunia nyanyian abad ini.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Konsep
Menerusi program 'The Hardest Singing Show', peserta akan menempa jalan menuju kejuaraan dengan memberi kemantapan vokal dan kebolehan mereka dalam 'showmanship'. Setiap minggu, pertandingan akan menyajikan cabaran tema yang berbeza, menguji kepelbagaian kemahiran peserta.
Dalam pendekatan ini, setiap peserta akan membawa persembahan mereka ke tahap baharu dengan penggunaan props, aksi lagak dan kesan khas yang mengagumkan. Mereka akan menunjukkan sisi kreativiti yang belum pernah diperlihatkan sebelum ini di pentas Malaysia. Konsep ini bukan sahaja menekankan kemantapan vokal, malah juga mempertaruhkan kehebatan 'showmanship' sebagai elemen utama dalam persembahan.
Dengan ini, 'The Hardest Singing Show' bukan sekadar pertandingan nyanyian biasa, malah sebuah pentas di mana bakat dan kreativiti bergabung untuk menghasilkan persembahan yang luar biasa dan mengagumkan.
Peserta
Sebagai satu platform unik yang menonjolkan bakat-bakat tempatan di negara kita, rancangan ini mengumpulkan sembilan peserta individu dan berkumpulan yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi hebat tanah air.
Mereka yang dimaksudkan ialah Zizi Kirana, Ayda Jebat, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Datin Alyah, Kaka Azraff, Aepul Roza dan kumpulan penyanyi wanita popular, De Fam, dianggotai oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Baca: 10 Fakta Penyanyi Aisha Retno Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: Biodata Putera Muhammad
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Juri
Di pihak bangku juri, adanya penyanyi, komposer dan pengarah profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam industri muzik dan hiburan, iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Seri Rossa dan Zizan Razak.
Format Penjurian
Setiap persembahan peserta akan dinilai sepenuhnya oleh mata juri profesional yang akan memberi markah secara teliti.
Aspek 'showmanship' diberi penekanan yang begitu besar dalam penilaian, seiring dengan kualiti vokal peserta. Mereka dikehendaki untuk memberikan satu momen 'wow' dalam persembahan, menggabungkan idea dan kreativiti yang melangkaui jangkaan. Konsep ini menjadi faktor penentu yang amat penting dalam menentukan kedudukan peserta hingga ke minggu akhir pertandingan.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Cara Undi
Peminat dan penonton diberi peluang mengundi persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan dalam "The Hardest Gempak Meter". Undian boleh dihantar secara dalam talian menerusi laman sesawang www.gempak.com/thehardestsingingshow
Hadiah
Pemenang juara 'The Hardest Singing Show' akan menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM150,000 dan trofi sumbangan Astro.
Hadiah Mingguan
Anugerah The Hardest Of Night (Markah Tertinggi) - RM2,000
Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa (Undian Dalam Talian) - RM3,000
Konsert Akhir
Juara - Wang tunai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi
Naib Juara / Tempat Kedua - Wang tunai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi
Tempat Ketiga - Wang tunai RM10,000, pakej pelayaran dan trofi
Tempat Keempat - Wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi
Tempat Kelima - Wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi
Tempat Keenam - Wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi
Lagu Tema
Secara eksklusif untuk rancangan terkini ini, Astro turut melancarkan lagu tema bertajuk 'I’m The Best' yang ditulis oleh komposer muda, Iqie Hugh.
Penaja
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' didukung oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama.
Rakan Digital Dan Radio Rasmi
Program ini diperkukuh dengan kerjasama bersama Astro Gempak sebagai rakan digital dan Era sebagai rakan radio rasmi.
Tempoh Siaran
Program ini akan berada dalam slot siaran mingguan selama 10 minggu berturut-turut.
Pengacara
Bersama dengan itu, Nabil Ahmad, pengacara dan penyampai radio terkenal, akan berpasangan dengan Rina Nose, pengacara, pelawak dan penyanyi popular dari Indonesia, untuk menjadi hos bagi program ini.
Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia
Tarikh Tayangan Dan Waktu Siaran
Siaran langsung 'The Hardest Singing Show' dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur akan ditayangkan bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Anda juga boleh menonton rancangan ini menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro Go dan Sooka untuk kemudahan yang lebih fleksibel.
Persediaan setiap peserta akan dipertontonkan dalam Studio The Hardest Singing Show bersama dengan segala aksi di belakang tabir, perbincangan dan latihan di pentas utama yang dapat dilihat dalam BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng setiap minggu selama 30 minit, memberikan pengalaman unik kepada penonton dan peminat.
Selepas tamatnya konsert utama, Xtended The Hardest Singing Show akan disiarkan secara langsung pada pukul 11.30 malam, setiap Ahad, dengan hos daripada 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin.
Baca: Keputusan Markah Mingguan, Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show (Astro Ria)
Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 (GV11)
Kredit video: LIVE Majlis Sidang Media The Hardest Singing Show I 23 April 2024
Tajuk program? The Hardest Singing Show
Bila dan tayang hari apa? Mulai 12 Mei 2024 (Ahad), setiap hari Ahad, pukul 9 malam
Tonton di mana? Astro Ria (saluran 104) dan platform online, Astro Go serta Sooka