Kredit foto: Instagram @pencetusummah_amin & Instagram @tiz.zaqyah
Ustaz Amirul Amin menggunakan pendekatan berdakwah secara analogi untuk menegur cara pemakaian tudung di kalangan kaum wanita.
Dakwah dalam perkongsian PU Amin melalui laman Twitter sekitar September 2018 itu kembali menarik perhatian umum selepas menerima ulangsiar daripada rata-rata netizen.
Mesej dalam status itu meminta agar golongan wanita menyedari azab kepanasan yang terpaksa ditanggung penghuni neraka angkara tidak menutup aurat dengan sempurna.
"Orang perempuan cuba tips ni. Sebelum pakai tudung korang mesti gosok tudung kan?
"Apa kata korang letak jari kat sterika tu dalam tempoh 5 saat, melecur tak jari?
"Kalau melecur, pakai tudung elok-elok tau. Bukan apa kita ni tak kebal dengan panas lagi lagi api neraka," tulis PU Amin.
Komen pendakwah itu kemudian mendapat reaksi pelakon Tiz Zaqyah yang membandingkannya dengan ulamak luar negara, Shaykh Azhar Nasser.
Kredit foto: Twitter @iamTizZaqyah
"(Perbezaan) tipikal muslim melayu dan seorang muslim yang sebenar" respon Tiz.
Seorang netizen bagaimanapun meminta agar Tiz menyelami mesej yang cuba disampaikan daripada hanya terus mengecam.
"Tu kan analogi... Pandang isu yang dia nak sampaikan, tak tutup aurat, ada balasan dari Allah kelak.
"Letak jari kat iron pun dah sakit, inikan api neraka?
"Semoga sis faham dan diberikan hidayah oleh Allah," tulis individu dikenali sebagai @syaherrrrr itu.
Begitupun aktres itu tetap membidas kerana menganggap pendekatan yang digunakan PU Amin sebagai tidak beradab dan kurang mesra.
"Macam mana nak sampaikan isu kalu adabnya tak sampai langsung?
"Kita tahu mana salah mana buruk mana baik mana betul, tak perlu burukkan lagi keadaan dengan cara dakwah begini kan? Tak salah pun jadi friendly," kritiknya.
Entri itu pantas menarik perhatian netizen. Ada juga yang kurang bersetuju dengan cara PU Amin kerana menggunakan ayat sedemikian ketika berdakwah.
Sumber berita: Astro Gempak