Kredit foto: Instagram Faiz Roslan & Instagram Hafiz Hamidun
Penyanyi Hafiz Hamidun dikecam netizen gara-gara menasihati Instafamous, Faiz Roslan menerusi laman Twitter.
Hafiz, 33, dalam tweet berkenaan menyampaikan teguran secara lembut tentang cara Faiz berpakaian.
“Tak salah. Pakailah. Tak ada sesiapa nak marah pun. ‘Make up?’ Letaklah. Tak ada sesiapa marah pun. Parodi? Tak ada sesiapa marah pun.
“Itu semua tak salah kalau kita jahil dan tak tahu halal dan haram. Faiz kena belajar sikit-sikit. Nanti Faiz tahulah salah atau tak. Ini nasihat. Bukan kecaman,” tulisnya.
Menerusi wawancara bersama Harian Metro, Hafiz akui tidak berniat menegur Instafamous itu secara lantang kerana dia juga salah seorang pengikutnya di laman Instagram.
“Apa yang saya luahkan di Twitter adalah pandangan peribadi sama seperti orang lain yang meluahkan pendapat mereka.
“Apabila ada yang membalas dengan komen negatif, saya tak boleh halang mereka kerana itulah media sosial.
“Apa yang saya tulis itu adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri dan semua yang membaca. Ia adalah kata-kata nasihat dan kalau sudah namanya nasihat, ia adalah benda baik,” katanya.
Dalam masa sama, Hafiz berkata, dia tahu niat kebanyakan Instafamous mengenakan pakaian wanita kerana ingin menjayakan karakter.
“Memang ramai berpakaian wanita untuk menjayakan karakter yang mereka bawa. Cuma saya harap mereka tidak terbawa-bawa sehingga ke luar dari dunia maya kerana masyarakat kita ada banyak sensitiviti.
“Saya juga yakin Faiz cukup matang untuk menerima nasihat memandangkan dia juga kini menjadi sebahagian daripada industri.
“Rasanya dia boleh terima sekiranya ada yang memberi nasihat. Saya pun boleh terima setiap kali ada yang memberi nasihat,” katanya.
Sementara itu, Hafiz mendedahkan ada di kalangan peminatnya yang bertanya mengapa dia tidak menegur Faiz secara peribadi (private).
“Bagi saya ini media sosial dan pengguna Twitter tahu bagaimana lapangan ini digunakan. Kerana itulah saya membuka Twitter saya secara umum atau ‘public’. Kalau nak nasihat secara ‘private’, baik jangan gunakan Twitter, tapi guna WhatsApp,” katanya.
Penyanyi yang sedang meledak dengan lagu Zikir Terapi Diri dan Jodoh Berdua ini berharap netizen dapat melihat nasihat dan perkongsiannya secara positif.
Sumber berita: Harian Metro