Kredit foto: Instagram Zamani
Penyanyi Zamani Slam mendedahkan pernah mengadakan temujanji dengan teman wanitanya di kedai tomyam.
Menariknya, pemilik premis kedai makan yang dikunjungi bermurah hati membuat ruangan khas supaya temujanji mereka tidak dilihat khalayak.
Bagaimanapun Zamani menganggap keistimewaan tersebut diberikan adalah untuk kekasihnya, dan bukanlah dirinya.
“Saya rasa tauke kedai tomyam tu buat begitu untuk teman wanita saya, bukan untuk saya.
“Apa-apa pun saya berterima kasih kepada tuan punya kedai tu sebab beri layanan yang baik," katanya.
Zamani membuat kenyataan tersebut dalam rancangan Konti Karat yang menampilkan Shuib Sepahtu sebagai hos.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Mentari Muncul Lagi itu menjelaskan hubungan dengan kekasihnya itu sudah lama berakhir.
Masing-masing kini hidup bahagia dengan haluan sendiri.
“Bagaimanapun itu kisah lama. Masing-masing dah move-on saya doakan sama-sama bahagia. Dia bahagia saya pun bahagia,” katanya lagi tentang memori 1998 itu.
Zamani kelihatan begitu ‘sporting’ melayani soalan Ketua Editor Mstar Online, Niezam Abdullah dalam kemunculannya di episod ketiga program berkenaan.
Lain-lain selebriti yang memeriahkan Konti Karat termasuk Siti Nordiana, Haqiem Rusly, Hazama, Khai Bahar, Mawi, Datuk Hattan, Datuk Zainal Abidin dan ramai lagi.
Konti Karat bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Maya HD.
Sumber berita: Astro Gempak