Dadah itu membinasakan. Semua orang tahu. Antara perosak anak muda di serata dunia adalah disebabkan penyalahgunaan dadah. Namun, dadah itu sendiri tidak bersalah, yang bersalah adalah mereka yang mengeskploitasi golongan yang lemah yang kemudiannya menyalahgunakan untuk sebab-sebab tertentu.

Tapi kebanyakan dadah jalanan yang menjadi perosak anak muda, sebenarnya mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan. iluminasi.com ingin berkongi 6 jenis dadah jalanan yang berbahaya tetapi mempunyai manfaat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Ketamine

ketamine

Bagi mereka yang suka berparti, ketamin mungkin menjadi dadah pilihan untuk "high". Tapi bagi doktor haiwan, ia digunakan sebagai ubat penenang kuda. Jadi jika anda mendengar bahawa ketamin mampu membantu masalah kemurungan, ia tidak lah memeranjatkan sangat. Jika kuda sebesar itu pun boleh ditenangkan menggunakan ketamin, apatah lagi manusia?

Sebuah kajian dijalankan di Universiti Yale mendapati bahawa ketamin bukan sahaja meredakan gejala kemurungan, malah ia mampu menyembuhkan bahagian otak yang rosak disebabkan oleh tekanan akut, trauma dan kemurungan dengan memperbaiki sinaps yang terputus.

ubat penenang kuda

Satu dos mampu bertahan selama 10 hari, dan tak peliklah jika melihat kuda sentiasa gembira dan tenang.

2. Syabu

syabu atau ais atau batu

Jika anda mempunyai masalah untuk fokus di tempat kerja, atau mudah diganggu dengan angan-angan, rasa gelisah, atau rasa terganggu, anda mungkin mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). 

Stimulan seperti Meth, jika diambil dalam dos tertentu (jangan cuba sendiri), mampu menyelia bahan kimia dalam otak yang dipanggil pemancar neuro (neurotransmitter) seperti dopamin dan norepinephrine. Kedua-dua ini membantu mengawal ketagihan kelakuan dan obses terhadap sesuatu. Namun ia tak bermaksud anda harus dapatkan dan gunakan syabu hanya kerana ia dapat membantu masalah ini.

ubat desoxyn

Selain itu, syabu juga dapat memerangi obesiti, dan banyak program turunkan berat badan yang cepat mengesyorkan pengambilan dadah yang dipanggil Desoxyn (dimethylbenzeneethanamine hydrochloride or pure methamphetamine)

3. Heroin

ketagihan heroin

Ya, semua tahu heroin adalah antara dadah yang paling berbahaya di dunia. Namun, dalam melegakan kesakitan, tiada apa yang dapat menandingin heroin. Di United Kingdom, heroin diberikan kepada wanita hamil yang dikenali sebagai "diamorphone", iaitu heroin. Ia mungkin diberikan untuk menyelamatkan ibu-ibu hamil yang sedang dalam ketakutan.

Ia disuntik ke dalam secara intravena (ke dalam saluran darah) bagi melegakan kesakitan yang amat sangat dan mengurangkan tekanan. Namun ia juga memungkinkan proses melahirkan anak menjadi lebih lama, tetapi rendah risiko. Jika hanya disuntik sekali, ia tak akan menyebabkan ketagihan dan tiada kesan buruk kepada badan.

4. Ganja

hisap ganja

Tak kisahlah apa pun nama yang anda panggil, ganja, pot, marijuana, grass, herb, atau weed, dadah ini sehingga kini menjadi bahan pertengkaran di antara dua pihak yang bertelagah. Dianggarkan sebanyak 3.8% daripada populasi dunia menggunakan dadah ini. Di Amerika Syarikat, 26 negeri menggunakan ganja dalam perubatan.

Jadi, memang benar ganja yang mengandungi cannabinoids mempunyai kebaikan untuk kesihatan. Antara salah satunya adalah sebagai penahan sakit yang ada dalam THC (tetrahydrocannabinol). Malah, badan kita sendiri menghasilkan cannabinoids dalam jumlah yang kecil secara semulajadi bagi mengurangkan kesakitan bila diperlukan. 

ganja perubatan dapat membantu kanak kanan yang mengalami sawan

Satu lagi jenis cannbinoid, CBC (cannabichromene) telah terbukti membantu merawat epilepsi. Ganja juga mampu mengurangkan keradangan, membantu melawan MS (multiple sclerosis), menghentikan kekejangan otot, mengurangkan masalah pundi kencing dan juga mencegah muak ketika kemoterapi. Ganja perubatan juga mampu membantu kanak-kanak yang mengalami sawan.

5. Cocaine

sedut kokain

Sebut kokain sahaja, memang ramai membayangkan sebaris serbuk putih atas meja dan disedut menggunakan hidung untuk mendapatkan "feel" khayal. Walaupun kokain adalah antara dadah yang membinasakan di dunia, namun ia juga mempunyai manfaat. Satu ketika dahulu kokain dipuji sebagai dadah yang mengagumkan di seluruh dunia.

Ia digunakan secara meluas sebagai julap dan penyebuh mabuk, demam alergi (hay fever) dan juga ketagihan alkohol. Namun, ia dibuktikan menyebabkan ketagihan, dan tidak lagi digunakan. Tapi kokain tidak diketepikan dan masih digunakan oleh pakar seperti pakar mata, hidung dan tekak sebagai anestetik dalam pembedahan.

ubat melegakan sakit gigi diperbuat daripada cocaine

Kokain pernah satu ketika dahulu digunakan dalam pembuatan ubat melegakan sakit gigi.

6. Ecstasy

ecstasy

Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), atau nama yang lebih dikenali, ectasy, dalam bentuk kristal, mampu untuk menyembuhkan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Namun, pakar sakit jiwa tidaklah menggalakkan mereka yang mempunyai masalah trauma mengambil ecstasy seperti makan coklat M&M begitu sahaja dan mengharapkan kesan yang cepat.

Dalam persekitaran klinikal, peningkatan serotonin yang disebabkan oleh dadah ini menyebabkan pesakit menjadi lebih tenang dan gembira, dan mampu berhubung secara lebih baik dengan pakar terapi. Pesakit menjadi lebih terbuka dan rawatan menjadi lebih mudah bagi semua individu yang terlibat. 

pesakit lebih tenang dan mudah ceritakan pengalaman trauma dengan pengambilan ecstasy

Rasa takut dan tertekan hilang jika mengambil ectasy yang membolehkan pesakit membincangkan dan menceritakan pengalaman trauma tanpa masalah. Pesakit mampu menceritakan segalanya dari awal tanpa risau akan trauma dan rasa takut disebabkan oleh mengingatkan kejadian buruk dalam hidup mereka.

Rujukan :

1. How To Use Psychedelics

2. Rx List

3. Baby Centre

4. Emedicine

5. Drug Abuse

6. San Diego Union Tribune




Hakcipta iluminasi.com (2017)