Oleh pada 10 Jul 2017 kategori

Kali ini, iluminasi.com ingin berkongsi secara ringkas mengenai akta dadah merbahaya kepada anda semua agar dapat merungkaikan mitos dan salah faham masyarakat mengenai akta ini.

Dikalangan marhaen, ramai yang terus menuding jari dan menyalahkan pihak berkuasa semata-mata untuk menghalalkan perbuatan mereka. Harap artikel ini dapat memberi penjelasan kepada mereka yang tidak faham mengenai akta dadah merbahaya ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kalau 200 gram kena hukum gantung, lebih baik berniaga syabu

Inilah mitos yang sering berlegar-legar dikalangan penagih dadah. Kononnya nilai berat dadah untuk disabitkan dengan seksyen 39B adalah sama untuk semua jenis dadah. 

Ada juga yang mengeluarkan statement contohnya "jual ganja 200gram baru dalam RM400, baik jual syabu kalau macam tu. 200gram syabu boleh untung lebih rm2000". Pernyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Senarai berikut adalah nilai berat berdasarkan jenis dadah yang boleh disabitkan dengan seksyen 39B :

  • Memiliki 15 gm atau lebih heroin / morfin
  • Memiliki 1000 gm atau lebih candu
  • Memiliki 40 gm kokain atau lebih
  • Memiliki 200 gm atau lebih ganja
  • Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
  • Memiliki 50 gm Amphetamine atau lebih seperti syabu

Jadi tak perlulah nak melalak berniaga syabu lebih berbaloi disabitkan 39B berbanding ganja kerana nilai 50 gram syabu lebih kurang sama sahaja dengan 200 gram ganja.

seludup ganja pakai kotak lego

Polis perlu waran untuk melakukan penahanan

Ini lagi satu perkara yang sering dilaung-laungkan kononnya mereka pandai dan tahu undang-undang. Yang sebenarnya polis tidak memerlukan waran untuk menahan saspek yang terlibat dengan najis dadah. Pegawai polis boleh terus menahan saspek tidak melebihi tempoh penahanan 24jam. 

Namun jangan gembira dulu. Tempoh penahanan boleh dilanjutkan lagi selama 14 hari oleh majistret atau DSP sekiranya ujian dadah yang dijalankan tidak mendapat keputusan atau atas tujuan pencegahan.

Sifulan tu ahli jemaah tabligh kot. Hisap ganja je pun

Ada satu lagi perkara yang anda perlu tahu. Bahawasanya, pihak berkuasa dan pihak mahkamah juga manusia biasa. Biasanya latar belakang dan sejarah jenayah individu yang tertuduh juga diambil kira. Mereka juga bukannya suka-suka jatuhkan hukuman kepada orang awam.

Anda ingat pegawai penyiasat (IO) yang menyiasat kes dadah ni tak risau ke kalau-kalau anak dia sendiri terlibat dengan dadah di masa hadapan? Kena tahan untuk siasatan tapi tak mahu beri kerjasama, cakap kurang ajar pula sudah tentu lebih lama anda meringkuk dalam lokap.

aidil aziz

Pengalaman rakan-rakan penulis sendiri. Kalau anda seorang penagih dan menggunakan sendiri sahaja bahan terlarang itu, susah untuk disabitkan dengan seksyen 39B ini. Namun kalau kuantiti dadah itu besar dan anda pula menjadi penyebar bahan terlarang itu, maka bersiap sedialah.

Masalah utama ialah menjadi penyebar. Pakailah kopiah dan serban di atas kepala pun, kalau anda seorang penyebar najis dadah ini janganlah salahkan pihak berkuasa dan harapkan ihsan dari marhaen yang lain dengan tuduhan bahawa pihak berkuasa berlaku zalim kepada anda.

Dahlah tagih dadah. Nak promosi mudhorat kepada masyarakat awam pula tu. Bertaubatlah




Hakcipta iluminasi.com (2017)