Oleh pada 13 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Twitter Peghok Pekat & Twitter Danial Zaini

Peserta Super Spontan Superstar, Amy Mastura memberitahu tindakannya menampar pelawak Danial Lawak Solo dalam program CCTV baru-baru ini adalah di luar kawalan.

Kata Amy, dia berkelakuan spontan selepas melatah gara-gara diusik.

Penjelasan itu dibuat Amy menerusi kiriman terbaru Instagramnya.

tampar muka danial lawak solo amy mastura beri penjelasan 2

Kredit foto: Instagram Amy Mastura

“Siapa tengok CCTV hari itu? Maaf tau akak bukan sengaja nak pukul diorang. Semua di luar kawalan hehe,” dedah Amy.

Namun permohonan maaf Amy disambut baik peminat yang memahami situasi penyanyi itu.

Tak kurang, ada yang terhibur dan menganggap adegan spontan tersebut sebagai melucukan. 

Dalam video yang dikongsikan Amy turut memperlihatkan bagaimana Danial ketawa dan seperti mengalah dengan penyakit latah penyanyi itu.

“Dah orang usik kak Amy, memang penamparlah jawabnya. Hahaha,” tulis @irah.tirah7863 di ruangan komen. 

“Tak sangka melatah juga @amymasturalerr ni. Kelakar juga tengok,” kata lynda_shoppe. 

“Hahahahahahahaha!!! Comel sangatlah awak Kak Amy!” sampuk @Sitinormajaafar pula. 

Super Spontan Superstar 2017 bersiaran setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)