Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Aktres Fasha Sandha cukup dikenali dengan disiplin tingginya apabila melibatkan komitmen kerjaya dalam bidang lakonan.

Begitupun, peminat pelakon jelita ini dikejutkan dengan berita keadaan kesihatan beliau yang terganggu baru-baru ini.

Dalam pendedahan yang dibuat di laman Instagram itu, Fasha memberitahu, dia tetap meneruskan kerja sebagai penerbit dan pelakon untuk sitkom terbaru, Mamu Mami Gosip terbitan FS Creatives Sdn Bhd, meskipun tidak sihat.

“Produksi sendiri ke, produksi orang ke, komitmen tetap kena bagi yang terbaik. Itu adalah tanggungjawab,” tulis Fasha.

Kapsyen itu disertai tanda pagar #MamuMamiGosip #FSCreativesSdnBhd #NoMakeUp #MukaSakit.

Menerusi ruangan komen, para peminatnya mendoakan kesembuhan segera buat pelakon utama Syurga Yang Kedua ini.

Dalam pada itu, netizen juga memuji semangat Fasha yang sanggup datang kerja walaupun masih sakit.

“@pird4: Jaga kesihatan awak, kak. Risau kita. Semoga cepat sembuh.”

“@hafiz_4606: Mungkin pergi kerja dapat hilangkan rasa sakit buat seketika.”

“@puteri_zandra: Harap kak dapat jaga waktu makan. Sesibuk mana pun jangan sampai lupa waktu makan.”

“@diyana.beautygeek: Itulah yang orang suka.”

“@lovepotion.lilly: Kesiannya. Tapi tetap cantik.”

Dalam kiriman terdahulu menerusi Insta Story, Fasha mendedahkan dirinya berkunjung ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Meskipun mendapat cuti sakit selama tiga hari, Fasha tetap nekad ke lokasi penggambaran untuk melangsaikan tanggungjawabnya.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)