Oleh pada 08 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa, Instagram Dr Che Hafiz & Dr Amalina Bakri

    

Suami Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berharap agar Neelofa dapat menerima kritikan pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri, dengan hati yang terbuka.

Dr Che Hafiz, berkata, dia menyebelahi pandangan disuarakan Amalina memandangkan ia membabitkan isu kesihatan yang akan memberi kesan jangka panjang kepada pengguna produk.

"Dari sudut pandangan, saya memang setuju dengan teguran yang dibuat oleh Dr Amalina.

"Saya harap Neelofa dapat menyambut teguran tersebut dengan hati yang terbuka sebab jika kita overclaimed tentang sesuatu produk apatah lagi ia menyentuh isu kesihatan, ibarat seseorang itu memberikan janji bulan dan bintang kepada masyarakat tanpa memikirkan kesan negatif kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang," katanya.

Terdahulu, Amalina, 32, dalam kiriman laman sosial Twitternya mempersoalkan iklan kebaikan produk susu pisang keluaran Neelofa kerana dikatakan 'overclaim' dan tidak mempunyai kandungan seperti yang dinyatakan.

Pengacara Meletop itu kemudiannya menzahirkan ketidakpuasan hati rentetan menganggap perniagaannya sedang cuba dijatuhkan oleh segelintir anak Melayu.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz menggesa agar para peniaga lebih prihatin membabitkan promosi produk yang melibatkan kesihatan pengguna.

Doktor perubatan hospital kerajaan itu berkata, masalah obesiti merupakan satu daripada penyakit yang mengundang isu kesihatan serius di kalangan warga Malaysia.

   

neelofa susu pisang 268

Kredit foto: Nilofa Business Group

    

"Penggunaan ayat bagi tujuan mempromosikan iklan sesuatu produk amatlah perlu berhati-hati supaya pembeli tidak akan salah faham akan kegunaan produk yang dibeli.

"Apatah lagi ia mengandungi unsur-unsur yang melibatkan kesihatan diri supaya pembeli tidak menyesal di kemudian hari," katanya.

    

Sumber berita: “Neelofa... terimalah teguran dengan hati terbuka” - Dr Che Hafiz 'back up' Dr Amalina, akui masalah obesiti semakin serius

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)