Oleh pada 06 Feb 2018 kategori

Kredit foto: ohkisahtentangkita.blogspot.my

Selebriti yang dikenali sebagai usahawan berjaya, Neelofa akhirnya bersuara tentang isu suplemen bayi dan kanak-kanak yang dipromosikannya di laman Instagram, baru-baru ini.

Kata Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, menerusi kenyataan di Twitter, beliau berharap orang ramai dapat bersabar untuk tindakan susulan yang bakal diambil.

Dalam masa sama, usahawan muda yang diiktiraf Forbes Asia ini masih meletakkan penghargaan atas perhatian yang diterimanya.

Menurutnya lagi, produk dipromosikan, CnG juga sedang cuba meleraikan kekeliruan yang dihadapi pengguna.

"Pihak pengurusan produk CnG sedang berusaha keras untuk menjelaskan isu dan kekeliruan ini. Saya berharap semua pihak dapat bersabar dan memahami," tulisnya. 

isu suplemen bayi dan kanak kanak akhirnya neelofa bersuara 2

Kredit foto: Twitter Neelofa

Terdahulu, tindakan Neelofa mempromosikan produk makanan tambahan di Instagram Stories diasak cemuhan netizen yang tidak berpuas hati.

Malah, pegawai perubatan juga terpanggil untuk berkongsi pencerahan mengenai suplemen bayi dan kanak-kanak itu.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)