Oleh pada 01 Sep 2017 kategori

Kredit foto asal: Instagram.com/neelofa

Pengacara dan usahawan terkemuka, Neelofa menafikan dakwaan yang mengatakan dia bakal meninggalkan tugasnya sebagai pengacara program hiburan mingguan siaran Astro Ria, Meletop yang sudah digalasnya sejak hampir 5 tahun lepas.

Menerusi salah sebuah perkongsian terbaru di Instagramnya baru-baru ini, Neelofa membuat luahan perasaan yang mengimbau kenangannya sepanjang bergelar hos rancangan hiburan tersebut sambil memuatnaik foto studio yang sudah dianggap seperti rumahnya sendiri.

Saya masih lagi dengan program Meletop. Malah, saya akan mengikat kontrak tahunan baharu bersama program itu tidak lama lagi.

Apa yang dikongsi itu sekadar perkongsian rasa dan perasaan. Bagaimanapun, ramai pula yang salah faham.

Menurutnya lagi, tujuan status tersebut dibuat adalah untuk berkongsi rasa akan betapa cepat masa berlalu sepanjang terlibat dalam program berkenaan.

Alih-alih, sudah hendak masuk lima tahun saya bersama Meletop. Bayangkan, saban minggu, saya akan datang ke lokasi sama kerana komitmen pengacaraan program itu.



Apa yang saya luah juga seperti peringatan buat diri sendiri dan juga peluang berharga yang diberikan untuk saya terus mengacara.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)