Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, pegawai-pegawai tertinggi Nazi telah dihadapkan ke sebuah perbicaraan yang dikenali sebagai "Nuremberg Trial" agar mereka dikenakan hukuman setimpal atas jenayah-jenayah perang mereka terutamanya peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang juga dikenali sebagai Holocoust.
7 pegawai tertinggi Nazi termasuk pengganti Adol Hitler, Karl Donitz telah dikenakan hukuman penjara di Penjara Spandau, Berlin antara 10 tahun hingga penjara seumur hidup. Menariknya, walaupun penjara ini mempunyai kapasiti 600 sel, hanya 7 orang pegawai tertinggi Nazi ini sahaja ditempatkan disini.
BESARKAN TEKS A- A+
Kerjasama antara 4 buah negara
Bagi tujuan pengawasan 7 banduan paling dikehendaki ini, 4 buah kuasa besar ketika itu - Britain, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat telah mengambil alih tugas kawalan setiap satu bulan. Ini bermakna, dalam satu tahun setiap kuasa besar ini akan mengawal keselamatan penjara ini untuk tempoh 3 bulan.
Walaupun tindakan ini dipertikaikan memandangkan kos yang tinggi untuk kawalan banduan ini, ia terpaksa dilakukan memandangkan kesemua banduan ini merupakan banduan berprofil tinggi yang berkemungkinan melarikan diri.
Peraturan dalam penjara juga sangat ketat termasuklah pengharaman sebarang bentuk penulisan seperti diari, tiada komuniokasi sesama banduan malah lawatan daripada orang luar juga sangat sukar.
Antara keempat buah negara ini, pihak Russia mengenakan sekatan paling keras dan tanpa tolak ansur memandangkan mereka sangat terkesan sekali ketika era peperangan. Dianggarkan 19 juta rakyatnya telah terbunuh dan mereka sama-sekali tidak mahu mana-mana banduan ini terlepas dari penjara.
Kawalan yang sangat ketat
Walaupun penjara Spandau ini hanya menempatkan 7 orang banduan, dikatakan 60 pengawal penjara yang akan melakukan tugas kawalan dalam satu-satu masa. Malah, terdapat kira-kira setengah dozen mesingan diletakkan di menara peninjau. Penjara ini juga lengkap dengan tembok berduri yang tinggi dan dikawal rapi 24 jam sehari.
Kawalan ketat ini bukan sahaja bagi menghalang banduan ini meloloskan diri, sebaliknya menghalang orang luar dari menceroboh masuk ke dalam bangunan penjara ini bagi membalas dendam atas jenayah perang yang dilakukan oleh penjenayah perang ini.
Disebabkan hanya 7 orang banduan yang ditempatkan di Penjara Spandau ini, mereka ini juga digelar "Spandau Seven". Menariknya, walaupun ketujuh mereka dari pihak yang sama ada antara mereka yang tidak sebulu antara satu sama lain. Berikut merupakan 7 pegawai tertinggi Nazi yang turut dikenali sebagai "Spandau Seven" ini:
1. Erich Raeder
Erich Raeder merupakan Panglima Angkatan Tentera Laut atau Kriegsmarine untuk peringkat Perang Dunia Kedua sebelum digantikan oleh Karl Donitz. Ketika dalam tahanan, Erich Raeder merupakan ketua di perpustakaan penjara sementara Karl Donitz merupakan pembantunya.
Dia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tetapi telah dilepaskan pada tahun 1955 kerana masalah kesihatan. Dia mati pada tahun 1960 dan sepanjang di penjara, tidak mempunyai masalah dengan banduan lain.
2. Karl Dönitz
Karl Dönitz merupan Panglima Angkatan Tentera Laut menggantikan Erich Raeder. Bukan itu sahaja, antara April hingga Mei 1945, dia juga merupakan Presiden Jerman yang telah dilantik oleh Adolf Hitler sebelum Adolf Hitler dikatakan membunuh diri.
Karl Dönitz dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan dibebaskan pada tahun 1956. Semasa dalam tahanan, dia masih percaya masih mempunyai kuasa terhadap negara Jerman.
3. Konstantin von Neurath
Konstantin von Neurath merupakan Menteri Luar Nazi antara tahun 1932 dan 1938 sebelum Adolf Hitler menggantikannya dengan pegawai lain yang lebih komited denga agenda Nazi. Dalam Nuremberg Trial, dia hanya dihatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan bukannya penjara seumur hidup atau hukuman mati kerana berjaya membuktikan jenayah perang yang dilakukan oleh penggantinya lebih teruk.
Dia dibebaskan pada tahun 1954 kerana masalah kesihatan dan meninggal dunia 2 tahun kemudian. Kerana sifatnya yang diplomatik, dia dikatakan mempunyai hubungan baik dengan para banduan lain.
4. Walther Funk
Walther Funk penah memegang portfolio sebagai Menteri Ekononi. Dalam Nuremberg Trial, dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana dipercayai telah bertanggunjawab mencuri barang-barang milik orang Yahudi di Jerman. Ini termasuklah cincin, emas, dan sebagainya di kem-kem tahanan.
Walther Funk walau bagaimanapun dibebaskan dari Penjara Spandau pada tahun 1957 kerana masalah kesihatan. Dia meninggal dunia 3 tahun kemudian.
5. Baldur von Schirach
Baldur von Schirach telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun ketika Nuremberg Trial kerana dia dikatakan bertanggungjawab menghanntar orang-orang Yahudi ke kem tahanan. Ketika perang dunia, dia memegang portfolio sebagai Gabenor Vienna.
Dia telah dilepaskan dari penijara pada tahun 1966 pada penghujung tempoh tahanannya di penjara Spandau. Dalam perbicaraan, dia meruapakan salah seorang dari 2 pegawai Nazi yang mengutuk tindakan Adolf Hitler mewujudkan kem tahanan dan mendakwa tidak tahu seksaan yang terpaksa dilalui oleh para tahanan di kem-kem tersebut.
6. Albert Speer
Albert Speer dikenali sebagai seorang pegawai Nazi yang bercita-cirta tinggi. Malah, dia juga yang menggalakkan penggunaan tahanan sebagai buruh paksa dan bertanggungjawab membershkan Berlin dari orang Yahudi.
Walaupun begitu banyak rekod jenayah perangnya, dia hanya dikenakan hukuman penjara selamn 20 tahun kerana mendapat simpati akibat mengutuk tindakan Adolf Hitler dan berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku di kem-kem tahanan.
7. Rudolf Hess
Rudolf Hess merupakan Timbalan Menteri Adolf Hilter yang telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Dia juga merupakan banduan yang paling dibenci oleh para banduan lain. Dalam penjara, dia juga yang paling kerap melaporkan pelbagai penyakit dan kesakitan yang kononnnya dialaminya.
Rudolf Hess juga seorang pemberontak dan sering enggan melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh banduan lain seperti memotong rumput kerana menganggap ia akan menjatuhkan maruahnya. Dia juga merupakan banduan terakhir yang mendiami penjara ini sebelum mengambil keputusan membnuh diri pada tahun 1987.
Kredit: