Kredit foto: Astro Awani

Penyanyi tempatan yang melakar nama di negara China, Shila Amzah mendedahkan akan bernikah dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki pada 19 April ini.

Begitupun, pengumuman tarikh resepsi belum diketahui dan akan diumumkan kelak.

Shila berkata, kesibukan jadual kerjaya tidak menghalangnya untuk turut sama membuat persiapan majlis kahwin.

shila amzah umum tarikh nikah 2

Kredit foto: Instagram Shila Amzah

“Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini," katanya kepada Astro Awani.

Dalam masa sama, pelantun Patah Seribu ini akui terpaksa berulang alik ke negara China atas tuntutan tawaran aktiviti seni yang perlu dipenuhi.

“Sebagai penggiat seni, saya akur dengan ketetapan untuk berulang alik terutamanya ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini,” katanya.

Beliau terlebih dahulu bertunang dengan Haris, 28, di kediaman keluarganya di Cheras pada 3 November lalu.

Sebelum ini, Shila menjadi antara rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018 yang diumumkan pada Selasa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)