Kredit foto: mynewshub.cc

Pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dikhabarkan telah selamat menimang cahaya pertama mereka sekitar pukul 10 pagi semalam di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Berita gembira tersebut diumumkan Sam sendiri menerusi Instagram miliknya selain meluahkan rasa syukur terhadap kelahiran bayi lelaki tersebut.

Melalui perkongsian itu, Sam dilihat memuatnaik foto swafotonya bersama Syatilla di bilik pembedahan sambil bertanyakan para pengikutnya nama yang sesuai untuk diberikan kepada anaknya itu.

shaheizy sam dan syatilla melvin disahkan timang bayi lelaki 1

Malah, ruangan komen foto tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari para netizen yang berasa cukup teruja dengan kelahiran bayinya itu selain mendoakan kesihatan Syatilla.

Sumber: beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)