Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam
Pelakon Shaheizy Sam kini muncul dengan imej tubuh terbaru yang menarik perhatian ramai!
Menerusi laman Instagram, aktor berusia 35 tahun itu menayangkan bentuk tubuh badannya yang semakin sasa atau 'sado'.
Perubahan itu dibuat kerana ingin memenuhi tuntutan watak dalam filem terbarunya, Polis Evo 2.
Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam
"Adakah di sini panas atau hanya saya sahaja berasa begitu? Oh, saya suka kerja saya! #InspektorKhai #PolisEvo2," kata Sam dalam kapsyennya.
Menerusi ruangan komen netizen memuji usaha pelakon itu dalam menghidupkan watak Inspektor Khai menerusi filem berkenaan.
"Terbaiklah. Dari Polis Evo 1 selepas itu penggambaran Polis Evo 2 punya pasal, sado balik. Ini baru merecik," komen seorang pengikut.
"Peh dah sado balik. Rambut pun dah potong terbaiklah Cik Sam kita ini," tulis Beby_Jesz pula.
Berdasarkan foto yang dikongsi, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad kelihatan sedang sibuk menjayakan penggambaran filem sekuel Polis Evo 2 yang dijadual tayangannya tahun hadapan.
Polis Evo 2 antara lain masih mengekalkan aktor Zizan Razak sebagai teraju utama.
Filem terdahulu Polis Evo mengaut kutipan box office dengan keuntungan sebanyak RM17.3 juta selama 42 hari tayangan di pawagam.