Kredit foto: discogs.com 

Selain Mus May, seorang lagi insan seni ditimpa dugaan kesihatan di bulan Syawal ini.

Selebriti yang dimaksudkan adalah penyanyi lagenda Saleem Iklim. Beliau dilaporkan mengalami demam panas yang teruk sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, difahamkan Saleem kini berada dalam keadaan yang agak stabil dan sedang dirawat di Pusat Pakar UKM, Cheras.

Belumpun penyakitnya disahkan, timbul pula khabar kurang enak apabila berita palsu akan kematiannya mula menjadi tular di laman sosial.

Isterinya, Juriah atau nama sebenarnya Juliah Bachok berasa kesal dengan penyebaran khabar angin tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Juliah, dia masih menantikan penjelasan doktor tentang punca sebenar penyakit suaminya. Namun terdapat kebarangkalian yang Saleem mendapat jangkitan kuman dalam darah. 

selepas mus may giliran saleem iklim terima musibah 2

Kredit foto: Mstar

Buat masa sekarang keadaan abang Saleem adalah stabil. Cuma demam panasnya tidak menentu kerana ada turun naik. Saya minta kepada mereka yang menyebarkan cerita palsu kononnya dia meninggal agar berhenti membuat dosa dengan menyebarkan fitnah. Mungkin beberapa hari lagi barulah kita dapat keputusan yang tepat. Tapi doktor mengatakan ia mungkin kerana jangkitan kuman dalam darah. InsyaAllah saya biarkan dia berehat di wad sehingga betul-betul sembuh sebelum kembali menyanyi.

Sumber: Harian Metro

Juliah turut melahirkan kekesalan apabila ada pihak membuat dakwaan tidak berasas tentang punca Saleem jatuh sakit yang kononnya disebabkan mengambil "benda terlarang".

Juliah memohon agar masyarakat berhenti menabur fitnah, selain berharap mereka dapat mendoakan agar kesihatan Saleem kembali pulih.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)