Walaupun admin bukanlah peminat muzik Kpop, tetapi kejadian bunuh diri tetap akan memberikan kesan pada sesiapa saja. Apatah lagi apabila kejadian yang sama telah berulang-ulang selama beberapa puluh tahun, tanpa ada sebarang pihak mahu melakukan satu perubahan pada budaya yang diamalkan industri hiburan Korea.Kes-kes bunuh diri di kalangan artis hiburan Korea merupakan satu perkara yang kerap berlaku dengan tekanan kepada setiap individu yang ada, bukan setakat perlu bersaing sesama kumpulan malahan mereka sebenarnya turut sama bersaing dengan ahli kumpulan mereka, mampu membuatkan mana-mana individu hilang kewarasan diri.
BESARKAN TEKS A- A+
Berikut adalah 5 kes bunuh diri yang pernah berlaku dalam industri hiburan Korea yang melibatkan antara nama-nama paling besar yang menjadi idola kepada peminat, namun menyembunyikan seribu satu kisah duka.
1. Park Yong-Ha
Park Yong-Ha adalah antara bintang dalam siri televisyen yang meletup di Malaysia pada tahun 2002 iaitu Winter Sonata, menjadi kegilaan ramai wanita dan makcik-makcik. Mempunyai karier yang berjaya sehinggakan turut popular di Jepun.
Park dikatakan turut sama bertanggungjawab menjaga ayahnya yang berdepan sakit kanser. Beliau pernah mengakui mempunyai masalah tertekan dengan kerjaya namun tidak nampak tanda-tanda kemurungan pada beliau. Pada 30 Jun 2010, Park ditemui mati dengan menggantung dirinya menggunakan kabel pengecas kamera oleh ibunya sendiri. Park membunuh diri ketika berusia 23 tahun. (rujukan)
2. U;Nee
Rakyat Malaysia mungkin pernah melihat wajah artis bernama U;Nee ini, kerana ini adalah wajah yang dikatakan sebagai wajah Altantuya yang digunakan sebagai propaganda politik pihak tertentu. Untuk terus menyebarkannya adalah satu perbuatan tidak baik, kerana U;Nee atau nama sebenarnya Hur Youn telah pun membunuh dirinya pada 22 Januari 2007, beberapa minggu sebelum album baru beliau dilancarkan.
Ditemui mati oleh neneknya sendiri, dengan menggantung dirinya ketika berusia 26 tahun - U;Nee mengalami masalah depresi yang teruk. U;Nee tidak dapat menerima kritikan serta kecaman yang dihadapinya daripada pihak media dan juga peminat.
Jika anda cuba google nama Altantuya ketika ini, wajah U;nee pasti akan keluar kerana masih ramai yang percaya itu adalah Altantuya. (rujukan)
3. Jeong Da-bin
Pelakon Jeong Da-Bin ditemui mati pada 10 Februari 2007, ketika baru berusia 27 tahun. Jeong ditemui mati dengan menggantung dirinya di dalam bilik air rumah teman lelakinya selepas berada dalam keadaan mabuk berparti arak di sebuah bar.
Dalam beberapa tulisan yang dimuatnaik ke dalam blog beliau beberapa minggu sebelum kejadian tersebut, Jeong menulis yang segala-galanya akan berakhir dan terasa seperti dia akan mati. Terkenal sebagai seorang yang berperwatakan ceria, Jeong menjadi nama besar di Korea dan juga Taiwan, membintangi siri drama dan filem yang popular - sebelum dia mengambil keputusan menamatkan hidupnya. (rujukan)
4. Jang Ja-Yeon
Pada Mac 2009, pelakon popular siri 'Boys Over Flowers' Jang Ja-Yeon menamatkan hidupnya pada usia 29 tahun, selepas mengalami beberapa insiden yang menyebabkan trauma besar dalam hidupnya.
Dalam sebuah surat 7 muka surat yang ditulis seminggu sebelum membunuh diri, Jang menjelaskan tindakan beberapa pihak yang mengambil kesempatan memeras ugut beliau meminta habuan melakukan hubungan seksual, bagi menaikkan kerjaya beliau.
Jang menamakan ejen beliau, Kim Sung Hoon sebagai individu yang bertanggungjawab melacurkan dirinya kepada beberapa puluh orang ternama termasuklah yang berpangkat VIP, dengan dia dipaksa menjadi pelacur sebanyak lebih 100 kali. Berikutan pendedahan Jang itu, 20 orang didakwa dengan 7 daripada didapati bersalah dalam skandal yang menggegarkan dunia hiburan Korea Selatan. Kisah tragedi Jang ini diadaptasi dalam sebuah filem yang berjudul 'Norigae.' (rujukan)
5. Seo Ji-won
Tragedi ini berlaku semasa era awal K-Pop sedang meningkat pada tahun 1995. Lahir pada 19 Februari 1976, Seo memilih untuk menamatkan hidup pada 1 Januari 1996 ketika baru berusia 19 tahun. Bergerak sebagai artis solo, Seo membunuh dirinya selepas baru saja menamatkan rakaman album kedua beliau.
Album kedua Seo dilancarkan selepas tragedi yang menimpa, dengan single yang bertajuk 'Gather My Tears' memegang takhta carta lagu Korea Selatan selama 3 minggu dan kerap dinyanyikan semula oleh artis-artis KPop baru sehingga sekarang. Dalam catatan tulisan Seo serta wasiatnya,
Seo mengaku cabaran menjadi seorang selebriti adalah sesuatu yang dia tak mampu tanggung. Seo menulis, setiap masa dia mahu meninggalkan semuanya. Jadi orang biasa dan kembali meneruskan impian awalnya mahu menyambung pendidikan di Amerika Syarikat. (rujukan)