Oleh pada 14 Sep 2017 kategori

macbook

Komputer yang kita gunakan pada hari ini bukanlah dicipta untuk hiburan atau berhubung, tetapi untuk menyelesaikan krisis pengiraan yang sangat serius. Ketika menjelang tahun 1880, populasi di Amerika Syarikat bertambah dengan banyak. Jadi untuk mendapatkan keputusan bancian, ia mengambil masa 7 tahun bagi menyusun maklumat yang ada. 

komputer terawal

BESARKAN TEKS     A-  A+

Oleh itu, kerajaan Amerika Syarikat mencipta satu solusi mencipta komputer berasaskan "punch-card", bersaiz sebuah bilik. Namun setelah beratus tahun berlalu, kita hanya membawa komputer dalam poket sahaja, dalam bentuk telefon pintar.

iluminasi.com ingin berkongsi sejarah ringkas timeline penciptaan komputer dari tahun 1880 sehingga kini.

mesin tenun jacquard

Mesin tenun "punch-card" Jacquard

1801: Joseph Marie Jacquard mencipta mesin tenun yang menggunakan sistem "punch-card", bagi menghasilkan reka bentuk fabrik secara automatik. Penciptaan awal komputer menggunakan sistem "punch-card' ini.

1822: Charles Babbage, ahli Matematik dari England mempunyai idea untuk mencipta mesin mengira, dibiayai oleh kerajaan British, namun gagal.

mesin penjadualan herman hollerith

Mesin penjadualan elektromekanikal oleh Herman Hollerith

1890: Herman Hollerith mencipta sistem mesin penjadualan elektromekanikal "punch card" untuk mengira banci tahun 1880. Ciptaan tersebut hanya mengambil masa 3 tahun untuk mendapatkan keputusan bancian, dan menjimatkan wang USD 5 juta. Beliau menubuhkan syarikat, yang kini dikenali sebagai IBM.

mesin alan turing

Mesin Alan Turing

1936: Alan Turing memperkenalkan konsep mesin yang dikenali sebagai mesin Turing. Ia mampu membuat pengiraan terhadap apa sahaja yang boleh dikira. Konsep yang digunakan oleh komputer moden adalah berdasarkan idea Alan Turing.

1937: Percubaan pertama di dunia dalam mencipta komputer dilakukan oleh seorang profesor fizik dan matematik di Iowa State University, J.V. Atanasoff.

1939: Menurut Muzium Sejarah Komputer, syarikat Hewlett-Packard ditubuhkan oleh David Packard dan Bill Hewlett di Palo Alto, California.

komputer pertama oleh j v atanasoff dan clifford berry 219

ABC (Atanasoff-Berry computer), komputer digital elektronik automatik 

1941: J.V Atanasoff dan pelajarnya, Clifford Berry mencipta komputer digital elektronik automatik yang boleh menyelesaikan 29 persamaan secara serentak. Ini kali pertama komputer mampu menyimpan maklumat dalam memorinya.

komputer dengan tujuan am pertama di dunia eniac

ENIAC, komputer dengan tujuan am pertama di dunia

1943-1944: John Mauchly dan John Eckert, 2 orang profesor dari University of Pennsylvania menghasilkan "Electronic Numerical Integrator and Calculator (ENIAC). Ia dianggap sebagai "datuk komputer digital", yang mengambil ruang sebua bilik dan mempunyai 18,000 tiub vakum.

univac

UNIVAC, komputer komersial pertama di dunia

1946: John Mauchly dan John Eckert meninggalkan universiti tersebut dan menerima dana dari Biro Banci untuk membina komputer komersial pertama di dunia untuk tujuan perniagaan dan aplikasi kerajaan yang diberi nama UNIVAC.

1947: Transistor dicipta oleh William Shockley, John Bardeen dan Walter Brattain dari Bell Laboratories, selepas menemui cara untuk menghasilkan suis elektrik menggunakan bahan pejal, dan tak memerlukaan vakum.

bahasa komputer cobol

COBOL

1953: Bahasa komputer pertama dicipta oleh Grace Hopper, yang dikenali sebagai COBOL. 

fortran bahasa pengaturcaraan pertama di dunia

FORTRAN

1954: Menurut Universiti Michigan, bahasa pengaturcaraan pertama di dunia dihasilkan iaitu FORTRAN yang merupakan singkatan bagi FORmula TRANslation, oleh beberapa pengekod dari IBM yang diketuai oleh John Backus.

1958: Litar bersepadu yang dikenali sebagai cip komputer diperkenalkan oleh Jack Kliby dan Robert Noyce. Hadiah Nobel Fizik dianugerahkan kepada Jack Kilby pada tahun 2000 atas kerjanya. 

1964: Prototaip komputer moden ditunjukkan oleh Douglas Engelbart, yang mempunyai tetikus dan paparan antaramuka (graphical user interface - GUI). Ia menandakan satu evolusi penting komputer daripada mesin khas untuk saintis dan ahli matematik, kepada teknologi yang lebih mudah diakses oleh orang awam.

douglas engelbart

Douglas Engelbart

1969: UNIX, sebuah sistem operasi menangani masalah keserasian dalam komputer dihasilkan oleh Bell Labs. UNIX menggunakan bahasa programming C dan boleh digunakan merentasi beberapa platform. Ia menjadi sistem operasi pilihan oleh syarikat-syarikat besar dan entiti kerajaan. Ia tidak menjadi pilihan pengguna komputer peribadai kerana sistem yang agak perlahan.

1968: Syarikat Intel ditubuhkan.

1970: Syarikat Intel memperkenalkan Memori Akses Dinamik (Dynamic Access Memory - DRAM) yang pertama, diberi nama Intel 1103.

alan shugart

1971: "Floppy disk" dicipta oleh jurutera IBM diketuai Alan Shugart. Sistem pertama yang membolehkan data dikongsi antara komputer.

1973: Ethernet dicipta oleh Robert Metcalfe, pengkaji di Xerox. Ethernet digunakan untuk menghubungkan beberapa komputer dan perkakasan komputer.

1974-1977: Komputer peribadi (PC) dipasarkan, termasuk Scelbi & Mark-8 Altair, IBM 5100, Radio Shack TRS-80, dan Commodore PET.

1200px commodore 2001 series img 0448b

Commodore PET

1975: Komputer Altair 8080 dipaparkan pada majalah Popular Electronics, dan tertulis "komputer mini pertama yang menyaingi model komersial". Melihat situasi itu, 2 individu telah menawarkan untuk mencipta perisian komputer untuk syarikat Altair menggunakan bahasa komputer BASIC. Dua individu tersebut adalah Paul Allen dan Bill Gates. Selepas usaha mereka berjaya, pada 4 April, rakan sejak kecil ini menubuhkan syarikat gergasi komputer masa kini, Microsoft.

paul allen dan bill gates

Paul Allen dan Bill Gates

1976: Pada 1 April, Steve Jobs dan Steve Wozniak menubuhkan Apple Computers (sekarang Apple Inc). 10 hari kemudian, komputer pertama menggunakan papan litar tunggal dikeluarkan iaitu Apple I, denga harga pengenalan USD666 (RM11,800 pada tahun 2016).

1977: Penghasilan komputer TRS-80 oleh Radio Shack hanyalah 3000 unit, dan dijual dengan laris. Ia merupakan kali pertama mereka yang bukan pakar komputer mampu menulis program, dan melakukan apa yang mereka kehendaki menggunakan komputer.

1977: Steve Jobs dan Steve Wozniak mempamerkan Apple II di West Coast Computer Fair yang pertama. Apple II menawarkan grafik berwarna dan mempunyai pemacu kaset audio.

steve jobs dan steve wozniak

Steve Jobs dan Steve Wozniak

1978: Pengenalan VisiCalc, program hamparan berkomputer pertama. Ia membuatkan akauntan senyum lebar kerana kerja mereka menjadi lebih mudah.

1979: MicroPro international mengeluarkan WordStar, membuatkan pemprosesan perkataan menjadi realiti. Menurut pencipta WordStar, Rob Barnaby, mereka akan membuat perubahan dengan menambahkan fungsi mencetak.

1981: Acorn, komputer peribadi pertama IBM diperkenalkan. Ia menggunakan sistem operasi MS-DOS dari Microsoft dan terdiri daripada cip Intel, dua floppy disk, pilihan monitor berwarna. Komputer ini dijual oleh Sears & Roebuck dan Computerland, menandakan kali pertama komputer boleh dibeli selain daripada pengedar, dan ia mempopularkan penggunaan terma "PC".

1983: Komputer peribadi dengan paparan antaramuka pertama dikeluarkan oleh Apple, diberi nama Lisa. Ia mempunyai menu "drop-down" dan ikon. Lisa merupakan projek yang gagal, namun berkembang menjadi Macintosh. Tahun yang sama, Gavilan Computer mengeluarkan Gavilian SC, komputer riba pertama, dan juga yang pertama dipasarkan sebagai "laptop".

laptop pertama di dunia

Gavilan SC

1985: Microsoft Windows diperkenalkan oleh Microsoft, sebagai respons kepada komputer Apple. Syarikat Commodore pula memperkenalkan Amiga 1000, dilengkapi dengan keupayaan audio dan video.

1985: Symbolics.com, adalah nama domain dot-com pertama yang didaftarkan, pada 15 Mac oleh pengeluar komputer kecil di Masschusetts, Symbolics Computer Company. Ia bertahun sebelum "World Wide Web" bertapaak yang menandakan permulaan rasmi dalam sejarat internet. Lebih dari 2 tahun kemudian, hanya 100 nama domain dot-com didaftarkan.

1986: Deskpro 386 dipasarkan oleh Compaq yang menggunakan pemprosesan 32-bit memberikan kelajuan setanding mainframe.

1990: HyperText Markup Language atau HTML dihasilkan oleh Tim Bernes-Lee, seorang penyelidik di CERN (makmal fizik teknologi tinggi di Switzerland). HTML lah yang memulakan World Wide Web atau www.

tim bernes lee

Tim Bernes-Lee

1993: Penggunaan grafik dan muzik di PC dimajukan oleh mikroprosesor Pentium.

1994: Komputer peribadi menjadi platform bermain permainan video seperti "Comand & Conquer," "Alone in the Dark 2," "Theme Park," "Magic Carpet," "Descent" and "Little Big Adventure".

1995: Internet Explorer atau IE diperkenalkan oleh Microsoft dan menjadi dominan.

1996: Enijn pencarian Google dihasilkan oleh Sergey Brin dan Larry Page di Universiti Stanford.

sergey brin larry page

Pengasas Google, Sergey Brin & Larry Page

1997: Apple yang sedang bergelut dengan masalah, dibantu Microsoft dengan melaburkan USD150 juta kepada Apple. Ia menamatkan kes mahkamah terhadap Microsoft yaang didakwa meniru "rupa dan rasa" sistem operasi ciptaan Apple.

1999: Terma "Wi-Fi" menjadi sebahagian daripada bahasa pengkomputeran, dan pengguna mula menggunakan penyambungan internet tanpa wayar.

2001: Sistem operasi Mac OS X diperkenalkan Apple. Ia memberikan perlindungan memori dan beberapa manfaat lain. Microsot yang tak mahu ketinggalan, memperkenalkan Windows XP, yang diperbaiki dengan baik sekali daripada sistem operasi lalu.

2003: AMD Athlon 64 dipasarkan, dan merupakan komputer pertama dengan pemprosesan 64-bit.

2004: Mozilla Firefox 1.0 diperkenalkan, mencabar Internet Explorer oleh Microsoft. Pada 4 Februari, Facebook dilancarkan oleh Mark Zuckerberg di Universiti Harvard.

2005: 3 bekas pekerja PayPal, Chad Hurley, Steve Chen, and Jawed Karim mengasaskan web perkongsian video, Youtube. Google membeli Android daripada Android Inc yang diasaskan pada tahun 2003.

macbook pro 2006

Macbook Pro 2006

2006: MacBook Pro diperkenalkan oleh Apple. Nintendo mengeluarkan game console Wii.

2007: iPhone pertama dikeluarkan yang mempunyai banyak fungsi komputer pada sebuah telefon.

2009: Windows 7 diperkenalkan oleh Microsoft.

2010: iPad diperkenalkan oleh Apple, menjadi cara baru pengguna melihat dunia internet.

2011: Chromebook dikeluarkan oleh Google, laptop yang menggunakan sistem perisian Google Chrome.

2012: Pengguna Facebook mencecah 1 billion pada 4 Oktober.

2015: Apple mengeluarkan Apple Watch dan Microsoft mengeluarkan Windows 10.

2016: Komputer kuantum yang boleh diprogramkan semula dihasilkan.

2017: "Informatik molekul" sedang dibina oleh Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). Ia merupakan progam yang menggunakan molekul sebagai komputer.




Hakcipta iluminasi.com (2017)