Komik seperti gila-gila,ujang,doraemon,pedang setiawan,dewata raya,dragon ball,slam dunk dan pelbagai jenis lagi pernah mewarnai kehidupan kanak-kanak,remaja serta juga di kalangan dewasa pada era 80an dan 90an dahulu. Pada zaman ini kebanyakan orang boleh membaca komik secara online yang terdapat dalam pelbagai versi. Komik online yang paling popular adalah dari Jepun dan ia dikenali sebagai manga. Kebanyakkan penerbit filem telah menggunakan watak-watak adiwira dari komik untuk difilemkan. Boleh dikatakan perubahan evolusi terhadap watak komik dapat dilihat dari kemunculannya di komik sehingga ianya difilemkan.
BESARKAN TEKS A- A+
Pasti ramai yang ternanti-nanti untuk melihat watak adiwira dari dua buah syarikat gergasi iaitu Marvel Comics dan DC Comics. Watak-watak seperti Batman,Superman,Spiderman,Iron Man,X-Man,Captain America dan pelbagai lagi superhero yang disukai ramai ini semuanya telah difilemkan. Filem yang dihasilkan untuk watak superhero ini adalah amat menarik untuk ditonton. Walaupun filem superhero ini sangat popular pada masa ini, namun ia sebenarnya mempunyai peminat dari bermulanya kewujudan komik tersebut.
Namun, siapakah orang pertama yang mencipta buku-buku komik dan bilakah ia dicipta? Para pengkaji mendapati bahawa komik yang tertua di dunia adalah bertajuk The Adventures of Obadiah Oldbuck yang diterbitkan di Eropah pada tahun 1837. Walaupun ia kelihatan seperti buku bergambar namun para pengkaji sepakat menganggap ianya sebagai buku komik yang pertama. Pengarang buku tersebut adalah Rudolphe Topffer yang berasal dari Switzerland yang secara meluasnya dianggap sebagai perncipta cerita bergambar dan komik berjalur.
Buku komik Amerika yang pertama adalah Funnies on Parade yang diterbitkan pada tahun 1933. Ia menjadi satu trend dan telah menyebabkan ramai penerbit yang membuat komik berjalur pada akhbar harian. Tidak lama kemudian permintaan terhadap komik sangat tinggi, ramai kartunis yang bercita-cita untuk menghasilakan karya yang gempak. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk industri buku komik yang baru berkembang itu menjadi kegilaan ramai orang. Zaman kegemilangan buku-buku komik ini bermula dengan watak pertama dalam Action Comics #1 pada tahun 1938 iaitu watak Superman yang dihasilkan oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster.
Superman merupakan watak buku komik yang paling dikenali sepanjang masa, Superman merupakan komik yang sangat popular dan memberi inspirasi kepada karyawan lain untuk mencipta pelbagai watak dengan mempunyai pelbagai kuasa. Penggemar buku komik seterusnya boleh membaca buku komik yang memaparkan watak Captain America, Batman, Green Lantern, Wonder Woman, Flash,Captain Marvel dan pelbagai lagi setelah kemunculan komik Superman.
Pada Perang Dunia ke 2, jualan buku komik meningkat secara drastik. Dari komik tersebut ramai orang yang boleh mendapatkan cerita inspirasi untuk menewaskan pihak musuh. Pada waktu itu harga komik adalah murah dan buku komik paling laris semasa peperangan ada Captain America.
Buku komik sememangnya masih popular sehingga hari ini. Buku komik yang lama ataupun klasik boleh menjadi sangat berharga dan bernilai. Tahukah anda bahawa komik Action Comics #1 yang membawa watak Superman merupakan komik yang paling berharga di dunia. Pada tahun 2014, salinan komik klasik tersebut dijual pada harga lebih daripada 3 juta dollar. Itu merupakan harga komik yang paling mahal di dunia.