Selain daripada menjadi rumah ibadat bagi penganut Islam, masjid juga mempunyai banyak fungsi sosial lain termasuklah menjadi lokasi tarikan kepada pelancong asing. Ini disebabkan oleh rekabentuk dan seni bina unik yang sangat menakjubkan dan menarik perhatian orang ramai.
kredit gambar TOREX flickr
Dan antara masjid yang paling popular di Malaysia terletak di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Berfungsi sebagai Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir juga dikenali sebagai Masjid Zahrah.
BESARKAN TEKS A- A+
Mercu tanda terkenal ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, lebih tepat di perkarangan Istana Pelamin.
Tapak Asal Masjid Zahir
Gambar Masjid Zahir Dulu
Sebelum Masjid Zahir dibina, tapak ini merupakan tapak bagi sebuah masjid lama. Sebuah masjid berbumbung nipah dan diperbuat daripada kayu telah dibina di tapak sama pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke-19, Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II pada 1735.
Tapak ini menjadi pilihan untuk didirikan disebabkan oleh beberapa faktor antaranya disebabkan pertalian erat antara istana dengan alim ulama terutamanya bagi menjalankan upacara berkaitan agama.
Ia juga merupakan laluan utama bagi penduduk tempatan melalui jalan air kerana terletak berhampiran Sungai Kedah serta memudahkan jemaah mengambil wudhu.
Masjid Zahir kini
Disebabkan masjid lama yang tidak mampu menampung pertambahan penduduk sekitar, maka pihak pemerintah memutuskan untuk membina sebuah masjid baharu bagi menggantikannya.
Tapak masjid ini juga sebenarnya adalah makam dan kubur pahlawan Kedah yang gugur ketika serangan Siam di Kedah pada tahun 1821.
Bagi membina masjid bersejarah ini sebagai masjid negeri, masjid yang terdahulu telah dipindahkan ke Alor Merah.
Sejarah Kerja pembinaan Masjid Zahir
kredit gambar Shamsul Hidayat Omar Flickr
Pembinaan masjid yang bermula pada 11 Mac 1912 ini digalas oleh satu jawatankuasa yang dipimpin oleh Tunku Mahmud Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.
Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Syed Hassan Shahabuddin (Hakim Besar), Muhammad Ariffin bin Muhammad Arshad (Setiausaha Kerajaan Negeri), W.G. Maxwell (Penasihat Inggeris) dan J. Gorman sebagai Jurutera Negeri adalah antara ahli jawatankuasa berkenaan.
Pelan masjid ini dilukis oleh J.Gorman bersama-sama individu yang digelar sebagai Pak Din, seorang anak tempatan.
(Masjid Azizi di Sumatera Utara)
Memandangkan Masjid Azizi di Sumatera Utara peninggalan Kesultanan Langkat adalah masjid paling cantik di Nusantara pada ketika itu, ia telah menjadi inspirasi dalam seni bina dan rekabentuk Masjid Zahir.
Tapak keluasan Masjid Zahir berukuran 39 meter persegi dan dikelilingi oleh ruang serambi seluas dengan lebar 2.4 meter dengan 4 buah anjung dan 5 buah kubah utama melambangkan 5 Rukun Islam.
Perasmian Masjid Zahir - Masjid Tertua di Kedah
(DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merasmikan Masjid Zahir)
Selepas 3 tahun pembinaan, akhirnya Masjid Zahir siap sepenuhnya pada tahun 1915.
Ia telah dirasmikan oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 yang.
Pada hari berkenaan, Tunku Mahmud bertindak sebagai pembaca khutbah manakala baginda sultan menjadi imam solat Jumaat.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.
Selain menjadi abadi sebagai imej setem, Masjid Zahir juga sering tersenarai dalam senarai masjid paling cantik di dunia.
Gambar-Gambar Lama Masjid Zahir Alor Setar
kredit foto Kedah Dulu Kini
kredit foto Zamri Hassan
Dari dulu hingga kini, Masjid Zahir meriah. Kredit gambar Mohamad Zainol
1938 : YTM Raja Muda Kedah Tunku Badlishah memeriksa barisan kehormatan Polis Kedah di perkarangan Masjid zahir, Alor Setar sebelum menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri. Kredit : Facebook
Rujukan: