Oleh pada 24 Jan 2018 kategori

Sumber Foto: npr.org

Pernahkah anda tertanya apa beza antara Sunni (atau Ahli Sunnah Wal Jamaah) dengan Syiah? Adakah keduanya Islam yang sebenar, atau hanya salah satu daripadanya?

Artikel ini merungkai sejarah perpecahan Islam kepada Sunni dan Syiah. Ramai berpendapat bahawa Syiah adalah sebuah agama lain dan bukannya Islam kerana telah terpesong daripada landasan sebenar yang diajar oleh Islam. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakah ini benar? Teruskan membaca. 

Sejarah Awal Perpecahan Kepada Fahaman Sunni & Syiah

Kedua-dua Sunni dan Syiah secara umumnya berpandukan iman dan praktis mereka kepada Al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W., dan mempunyai persamaan dari segi asas-asas Islam. 

Perbezaan yang paling ketara berkait rapat dengan peristiwa sejarah, warisan ideologi dan isu pemilihan pemimpin.

Perbezaan pertama antara keduanya wujud selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. pada tahun 632. Isunya adalah siapa yang layak dan berhak untuk menjadi pengganti baginda sebagai seorang khalifah Islam yang berwibawa. 

Kebanyakan umat Islam dan para sahabat pada ketika itu berpihak kepada Abu Bakr, sahabat seorang sahabat baginda yang paling rapat, yang melalui segala susah senang, suka duka bersama baginda. 

Sekumpulan kecil para sahabat dan penyokong mereka pula ingin memilih menantu dan sepupu baginda, iaitu Ali sebagai pengganti. Kumpulan ini berpendapat bahawa Ali telah dilantik oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk menjadi pemimpin politik dan rohani bagi masyarakat Muslim pada ketika itu.

Akhirnya, selepas mendapat sokongan majoriti, Abu Bakr dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama. Mereka yang menyokong pelantikan Abu Bakr berbanding Ali digelar sebagai Sunni, yakni golongan yang mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W..

Golongan yang menyokong kepimpinan Ali sepenuh jiwa mereka digelar sebagai Syiah, yakni Shiat Ali yang membawa maksud Partisan Ali (Penyokong Ali). 

Peperangan Jamal: Perang Saudara Yang Memisahkan

peperangan jamal perang saudara yang memisahkan

Sumber Foto: timetoast.com

Abu Bakr menjadi khalifah Islam pertama, dan Ali menjadi khalifah ke-4. Walaubagaimanapun, kepimpinan Ali telah dicabar oleh sebuah pihak dalam kalangan pemimpin lain, akibat daripada salah faham yang berlaku. 

Persengketaan ini membawa kepada perang saudara antara kedua pihak, yang berlaku di Basra, Iraq pada 7 November 656 dan dikenali sebagai Peperangan Jamal (atau Peperangan Unta).

Tentera Ali menang dalam peperangan tersebut, menyebabkan konflik perpecahan semakin mendalam dan memuncak. 

Seorang gabenor Damsyik pada ketika itu yang bernama Mu'awiya turut memerangi Ali, memburukkan lagi keadaan dan menyemarakkan lagi api perpecahan dalam umat Islam. 

Tahun berikutnya, Mu'awiya berjaya mengambil alih kuasa sebagai khalifah Islam yang baharu dan seterusnya mengasaskan Dinasti Umayyah yang berkuasa dari tahun 670 sehingga 750. 

Upacara Memperingati Hussein Oleh Syiah

Anak bongsu Ali iaitu Hussein yang dilahirkan Fatimah (anak perempuan Nabi Muhammad S.A.W.) kemudiannya menjadi pemimpin sekumpulan Partisan Ali di Kufa, Iraq bagi menentang anak Mu'awiya iaitu Yazid dalam Peperangan Karbala.

Peperangan tersebut diingati penganut Syiah kerana mempunyai kepentingan sejarah dan agama. Hussein telah terbunuh dan tentera beliau telah tewas dalam perang tersebut.

Bagi masyarakat Syiah, Hussein adalah seorang syahid (jihad). Hari peperangan tersebut diperingati setiap tahun oleh Syiah pada Hari Asyura, iaitu hari ke-10 dalam bulan Muharram mengikut kalendar Islam. 

Pada hari berkenaan, penganut Syiah akan melawat makam Hussein di Karbala sebagai simbolik penderitaan beliau. 

Kepimpinan Umat Islam Sunni

kepimpinan umat islam sunni di bawah dinasti umayyah dan abbasiyah

Sumber Foto: slideplayer.com

Lama kelamaan, Islam terus berkembang dan menjadi masyarakat yang lebih kompleks meliputi kawasan dari Eropah ke Sahara di Afrika, serta Utara Afrika ke Asia. 

Perkembangan ini menuntut Islam untuk menjadi lebih teguh dari segi kepimpinan politik dan juga agama. Sunni dan Syiah menggunakan pendekatan yang berbeza bagi isu seperti ini. 

Sunni bergantung kepada kepimpinan khalifah oleh Dinasti Umayyah yang bertapak di Damsyik dari tahun 660 sehingga 750, dan Dinasti Abbasiyah yang bertapak di Iraq dari tahun 750 sehingga 1258, yang kemudiannya berpindah ke Kaherah dari tahun 1261 sehingga 1517. 

Asas teologikal Sunni diperoleh daripada 4 buah mazhab yang muncul ketika abad ke-7 dan abad ke-8. Mazhab-mazhab tersebut adalah Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali. 

Sehingga hari ini, mazhab-mazhab ini dijadikan rujukan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan ibadat, undang-undang jenayah, jantina dan keluarga, perbankan dan kewangan, serta kebimbangan berkenaan bioetika dan alam sekitar. 

Kepimpinan Syiah Melalui Imam-Imam Mereka

kepimpinan syiah melalui imam imam mereka 12 imam

Sumber Foto: twitter.com

Berbanding Sunni, Syiah bergantung kepada imam-imam mereka sebagai pemimpin agama, yang mereka percayai dilantik dari kalangan keluarga Nabi Muhammad S.A.W.. 

Sehingga hari ini, Syiah terus percaya bahawa hanya keluarga Nabi Muhammad S.A.W. sahaja yang berhak menjadi pemimpin mereka. Dengan ketiadaan pemimpin dari keturunan baginda, Syiah memilih wakil-wakil mereka sebagai pengganti, yang dikenali sebagai Ayatollah. 

Syiah percaya bahawa Ali adalah imam mereka yang pertama, dan Hussein yang ketiga. Kepentingan imam-imam ini adalah asas perbezaan antara Sunni dan Syiah. Peranan Imam dilihat mempunyai kepentingan rohani yang tidak digemari oleh Sunni. 

Sebahagian besar cabang dalam Syiah mengaitkan sifat-sifat ilahi atau ketuhanan kepada imam-imam mereka. Ini adalah suatu dosa besar kerana Islam mengajar kepercayaan kepada Tuhan yang satu, bukan kepada manusia lain. 

Syiah terbahagi kepada banyak cabang, antaranya termasuklah 12 Imam, Zaidiyyah, Ismailiyyah, dan lain-lain.

Syiah 12 Imam percaya akan Imam ke-12, yang turut digelar sebagai Imam Tersembunyi. Pada abad ke-10, imam ke-12 telah ghaib atau hilang dari masyarakat.

Penganut Syiah ini percaya Tuhan telah menyembunyikan beliau, dan beliau akan muncul pada akhir zaman kelak. Mereka percaya imam ke-12 ini adalah Imam Mahdi atau the Messiah

Syiah 12 Imam adalah majoriti dalam keseluruhan fahaman Syiah. 

Perbezaan Rujukan Antara Sunni & Syiah

perbezaan rujukan antara sunni syiah al quran dan hadis

Sumber Foto: uito.org

Terdapat perbezaan yang ketara dari segi rujukan antara Sunni dan Syiah. Sunni berpegang teguh Al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama, manakala sebahagian cabang Syiah meragui kesahihan Al-Quran dan percayakan hadis dari sumber yang berbeza dari Sunni.

Hadis adalah segala perkataan dan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. berdasarkan saksi yang boleh dipercayai, dan menjadi rujukan kedua selepas Al-Quran menurut Sunni. Hadis memberi penyelesaian kepada permasalahan yang tidak disebut secara jelas di dalam Al-Quran. 

Contohnya, Al-Quran menuntut umat Islam untuk menunaikan solat, namun tidak menyatakan cara-caranya. Hadis pula memberikan gambaran bagaimana solat perlu dilakukan, menurut perbuatan baginda. 

Syiah lebih percaya akan saksi dari kalangan keluarga Nabi Muhammad S.A.W. sendiri, dan sahabat terdekat sahaja. Jadi, terdapat perbezaan dari segi Hadis yang diguna pakai oleh Sunni dan Syiah. 

Terdapat banyak lagi perbezaan antara Sunni dan Syiah, antaranya dari segi cara menunaikan solat dan sebagainya. 

Sunni & Syiah Di Negara-Negara Yang Dikatakan Islam

peratusan sunni dan syiah di negara negara yang dikatakan islam

Sumber Foto: muhammadnazeefali.com

  • Arab Saudi - sebuah kerajaan diraja yang dipimpin oleh Sunni.
  • Iran - mempunyai 9% Sunni dan kerajaan dipimpin oleh Syiah.
  • Iraq - mempunyai 63% majoriti Syiah selepas Amerika menjatuhkan pemimpin Sunni negara tersebut iaitu Saddam Hussein.
  • Syria - dipimpin oleh 13% minoriti Syiah.
  • Lubnan - mempunyai 39% Kristian, 22% Sunni dan 36% Syiah. Negara ini dipimpin bersama oleh ketiga-tiganya. 
  • Mesir - dipimpin oleh 90% majoriti Sunni.
  • Jordan - dipimpin oleh 92% majoriti Sunni. 
  • Turki - dipimpin oleh 85% Sunni.
  • Bahrain - mempunyai 30% Sunni yang mendapat sokongan Arab Saudi, 70% dipimpin majoriti Syiah.
  • Afghanistan, Libya, Kuwait, Pakistan, Qatar dan Yaman - dipimpin majoriti Sunni. Iran menyokong Syiah Houthi di yaman.
  • Malaysia - majoriti Sunni. 

Rujukan:

  1. thebalance.com
  2. theconversation.com
  3. npr.org



Hakcipta iluminasi.com (2017)