Oleh pada 16 Jun 2019 kategori

Islam adalah salah satu agama minoriti terkecil di Jepun, yang mempunyai lebih ramai penganut di negara ini daripada kepercayaan Bahá'í, tetapi kurang daripada agama Kristian. Dari sekitar 126.8 juta penduduk Jepun, peratusan umat Islam di negara ini dianggarkan sebanyak kurang daripada 1%. 

Terdapat kisah-kisah terpencil umat Islam di Jepun sebelum abad ke-19. Hari ini, umat Islam terdiri daripada kebanyakan komuniti imigran, serta masyarakat etnik Jepun yang lebih kecil.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Antara kisah tentang Islam di Jepun adalah ketika mana seorang maharaja Jepun memanggil Islam ke Bumi Matahari Terbit ini.

Maharaja Mutsuhito atau digelar sebagai Maharaja Meiji selepas kematiannya lahir pada 3 November 1852. Beliau merupakan putera kepada Maharaja Komei dan gundik diraja iaitu Nakayama Yoshiko. 

maharaja meiji jemput islam ke jepun

(Maharaja Meiji)

Ketika berusia seawal 15 tahun, Maharaja Meiji sudah menaiki takhta bagi menjadi pemerintah Jepun yang ke-122.

Beliau dilihatkan sebagai maharaja yang bertanggungjawab ke atas pemodenan dan pembangunan di Jepun.

Beliau juga telah memindahkan ibu negara Jepun pada November 1867, yang sebelumnya terletak di Kyoto ke Edo yang kini dikenali sebagai Tokyo.

Dengan permulaan era Renaissance Jepun, yang dikenali sebagai era Meiji bermula pada tahun 1868, hanya dua negara di Asia menikmati kemerdekaan, iaitu Empayar Uthmaniyyah dan Jepun.

Kerana keduanya berada di bawah tekanan dari negara-negara Barat, mereka memutuskan untuk mewujudkan hubungan baik antara mereka dan akibatnya mereka mula bertukar-tukar lawatan.

Semasa Maharaja Meiji sedang membangunkan Jepun, beliau terasa negaranya kekurangan sesuatu.

sultan abdul hamid ii

(Sultan Abdul Hamid II)

Berikutan itu, beliau memutuskan untuk menulis surat kepada Khalifah Islam dari Dinasti Uthmaniyyah di Istanbul iaitu Khalifah Abdul Hamid II.

Surat yang dihantar kepada Khalifah Abdul Hamid II oleh Maharaja Meiji berbunyi begini:

“Kita berdua adalah Maharaja Timur dan sudah tentu menjadi tuntutan keperluan sesama kita dan rakyat kita untuk bersahabat dan saling berhubung.

Sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Barat sesama mereka, tatkala Barat itu juga melihat kita sebagai ’satu’ iaitu ‘orang Timur’. Beta melihat orang Barat menghantar pendakyah mereka ke negara ini untuk menyebarkan agama mereka kerana kebebasan beragama yang ada di sini.

Beta melihat tuan tidak melakukan perkara yang sama. Beta mahu tuan menghantar pendakwah-pendakwah ke negeri ini untuk mengajar dan menyebarkan agama tuan, yang boleh menjadi asas ikatan moral antara kita!”. 

Menerima surat ini, Khalifah Abdul Hamid II bersetuju untuk menghantar rombongan ke Jepun. Pelayaran ke Jepun diwakili delegasi Islam dari Istanbul pada 14 Julai 1889.

Rombongan itu tiba di Yokohama pada 7 Jun 1890, diketuai oleh laksamana Uthman Pasha menaiki kapal Ertugrul, dilengkapi dengan 607 anak kapal dan 57 orang pegawai.

surat maharaja meiji kepada sultan abdul hamid ii

Misi yang dirancang berjaya dicapai dan mereka juga mengadakan pertemuan dengan Maharaja Meiji. Delegasi Turki memutuskan untuk pulang namun dihalang oleh Jepun kerana ketika itu musim taufan dan badai sedang melanda.

Namun delegasi Turki tetap dengan keputusan mereka dan memulakan perjalanan pulang pada 15 September 1890.

Malangnya, kapal tersebut dilanda badai ketika masih berada di perairan Jepun, membuatkan lebih daripada 550 orang termasuk saudara Khalifah Abdul Hamid II, terbunuh.

Mangsa yang terselamat dibawa di atas kapal dua kapal Jepun ke Istanbul.

Para syuhada dikebumikan di tempat kejadian dan sebuah muzium dibina tidak jauh dari tapak kemalangan.

Jepun dan Turki masih memperingati tragedi ini sehingga hari ini di tempat yang sama kemalangan setiap 5 tahun walaupun perubahan kerajaan yang berubah untuk berabad lamanya.

Kapal Ertugrul bukan sahaja karam bersama umat Islam yang berjuang menyebarkan agama tetapi juga tenggelam bersama mesej umat Islam kepada Khalifah di Turki.

shotaro noda atau abdul halim noda orang jepun pertama memeluk islam

(Abdul Halim Noda)

Bersama-sama mereka yang terselamat, seorang pemuda Jepun yang merupakan wartawan bernama Shotaro Noda yang mengutip derma di Jepun untuk keluarga mangsa terbunuh, pergi ke Istanbul dan menyerahkan sumbangan kepada pihak berkuasa Turki.

Dia juga sempat bertemu dengan Khalifah Abdul Hamid II, yang mana memintanya untuk tinggal di Istanbul dan mengajar pegawainya bahasa Jepun.

Semasa Shorato tinggal di Jepun, dia bertemu dengan  Abdullah Guillaume, seorang Muslim Inggeris dari Liverpool yang memperkenalkannya kepada Islam.

Yakin bahawa Islam adalah agama kebenaran, Shotaro memeluk Islam dan memilih untuk dinamakan Abdul Haleem. Dengan ini, Abdul Haleem Noda dianggap sebagai orang Islam Jepun yang pertama.

torajiro yamada

(Torajiro Yamada)

Tak lama kemudian, seorang lagi warga Jepun yang dikenali sebagai Torajiro Yamada pergi ke Istanbul pada tahun 1893 untuk memberi sumbangan yang dikumpulkannya ke rumah keluarga para syuhada di Turki.

Torajiro kemudiannya menjadi orang Jepun kedua yang memeluk Islam, dengan menggunakan nama Khaleel atau mungkin Abdul Khaleel.

Khaleel tinggal di Istanbul selama beberapa tahun dan menjalankan perniagaan serta mengekalkan hubungan mesra dengan Turki selepas pulang ke rumah sehingga kematiannya.

Orang Jepun ketiga yang memeluk agama Islam adalah seorang saudagar Kristian bernama Ahmad Ariga.

sejarah wanita islam di jepun

wanita islam di jepun

muslim di jepun

Dia melawat Bombay, India pada tahun 1900.

Pemandangan indah sebuah masjid di sana menarik perhatiannya, membuatkan dia masuk ke masjid tersebut dan mengisytiharkan penukarannya kepada Islam.

Dalam tempoh ini, sejumlah pedagang Muslim India tinggal di Tokyo, Yokohama, dan Kobe, mereka dianggap sebagai komuniti Islam pertama di Jepun.

Rujukan:

1. Islam Center Japan

2. Putegha

3. Interpals




Hakcipta iluminasi.com (2017)