Terusan Suez merupakan sebuah laluan air atau terusan di Mesir yang menghubungkan Laut Mediterranean dan Laut Merah. Terusan ini jugalah yang memisahkan antara benua Afrika dan Asia.

Terusan ini menawarkan laluan terus kapal laut antara Atlantik Utara dan lautan India utara melalui Laut Tengah dan Laut Merah tanpa perlu melalui lautan Atlantik Selatan dan selatan India dan mengurangkan jarak perjalanan dari Laut Arab ke Eropah sekitar 8,900 kilometer atau 8-10 hari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terusan ini sememangnya penting kepada ekonomi dan kerana peranannya itu, telah banyak konflik yang terjadi akibat terusan ini semenjak pembukaannya pada tahun 1869. Sejak 2 - 3 hari ini, tiba-tiba terusan ini menjadi popular di dada-dada akhbar apabila terdapat sebuah kapal kargo besar milik syarikat Jepun "tersangkut" di sini selama beberapa hari, menghalangkan pergerakan ratusan kapal yang melaluinya.

Terusan Suez adalah terusan buatan manusia yang terpanjang di dunia tanpa sebarang halangan. 

Siapakah yang membina terusan Suez?

pembinaan terusan suez

Terusan ini yang pada awalnya dimiliki oleh pelabur Perancis, dikuasai ketika Mesir berada di bawah kawalan Kerajaan Uthmaniyyah pada pertengahan abad ke-19. Pembinaan dimulakan pada Pelabuhan Said pada awal 1859 dan penggalian mengambil masa selama 10 tahun. Projek ini memerlukan anggaran 1.5 juta pekerja untuk disiapkan.

Mengikut catatan sejarah, sewaktu pembinannya dahulu, 20000 orang pekerja baru dibawa masuk setiap 10 bulan untuk bekerja dalam projek pembinaan terusan ini. Hal ini disebabkan keadaan tempat kerja yang teruk sehingga menyebabkan ramai pekerja mati akibat penyakit kolera dan pelbagai penyakit lain.

Pergolakan politik di Mesir melawan kuasa kolonial Britain dan Perancis memperlahankan proses pembinaan terusan dan telah meningkatkan kos perbelanjaan untuk projek ini. Kos untuk menyiapkan keseluruhan projek ini adalah 2 kali ganda daripada kos awal yang hanya dianggarkan sekitar $50 juta.

Konflik di Terusan Suez

konflk di terusan suez

Walaupun terusan ini adalah milik pemerintah Mesir, para pemegang saham Eropah, kebanyakannya Perancis dan Inggeris memiliki syarikat konsesi yang mengoperasikannya hingga Julai 1956 ketika Presiden Gamal Abdel Nasser menasionalisasikannya. Keadaan ini telah menyebabkan peristiwa yang menyebabkan Krisis Suez antara Oktober – November 1956.

Setelah rundingan dengan Mesir selama bertahun-tahun, akhirnya pihak British bersetuju untuk mengundurkan pendudukan mereka di sana pada tahun 1956 dan melepaskan kuasa kepada pemerintah Mesir ketika itu yang dipimpin oleh Presiden Gamal Abdel Nasser.

Mesir pernah menutup terusan ini selama hampir satu dekad setelah perang Arab-Israel 1967 kerana jalan air ini pada dasarnya adalah garis depan antara pasukan tentera Israel dan Mesir.

Empat belas kapal kargo, yang kemudian dikenal sebagai "Armada Kuning", terperangkap di terusan itu sehingga dibuka kembali pada tahun 1975 oleh pengganti Presiden Gamal Abdel Nasser iaitu Anwar el-Sadat.

Kes kapal rosak dan terbengkalai

kapal kargo evergreen

Sejak pembukannya, pernah terjadi beberapa insiden kapal besar rosak yang rosak ketika menggunakan laluan air ini sehingga menggangu perjalanan kapal-kapal kargo yang lain. Pada tahun 2004, terusan ini pernah ditutup selama 4 hari akibat masalah pada sebuah kapal tangki minyak Rusia.

Walaupun terusan ini pada mulanya direka untuk mengendalikan kapal yang jauh lebih kecil, salurannya telah diperluaskan dan diperdalam beberapa kali. Pada bulan Ogos 2014, kerajaan Mesir melancarkan pembinaan untuk memperluas Ballah Bypass sejauh 35 km untuk mempercepat waktu transit di terusan.

Pengembangan ini bertujuan untuk melipatgandakan kapasiti Terusan Suez dari 49 hingga 97 kapal sehari. Projek ini telah menelan belanja sekitar $9 bilion. 

Kes kapal Evergreen tersangkut di terusan Suez

kapal evergreen

Kapal yang tersangkut, Evergreen merupakan sebuah kapal milik Evergreen Shipping. Kapal ini merupakan antara kapal kargo terbesar dunia dan memiliki panjang bersamaan ketinggian menara Empira State Building.

Cuaca buruk yang mengakibatkan pemandangan teruk serta angin kuat telah menjadikan susunan kontena yang banyak di atasnya bertindak seperti layar yang telah menyebabkan kapal gergasi ini terkeluar daripada laluan perjalanan asalnya dan tersangkut di tebing yang mempunyai dasar yang lebih cetek. 

Para penyelamat telah mencuba sejumlah cara untuk mengalihkannya antaranya dengan menariknya dengan kapal tunda, menggali di bawah kapal dan beberapa cara lain. Namun, kerana ukuran dan berat kapal ini seberat 200,000 metrik tan usaha ini nampaknya sedikitpun tidak mendatangkann kesan.

Sesetengah pakar berpendapat bahawa mereka mungkin terpaksa bergantung harap pada paras air pasang surut untuk mengapungkan kapal ini lebih tinggi, seterusnya membolehkannya dialihkan ke tengah. Akibat kapal ini, dipercayai terdapat lebih 100 kapal pengangkutan lain juga turut tergendala disini.

Sekiranya kes ini tidak ditangani dengan segera, pemilik-pemilik kapal lain ini mungkin terpaksa mengambil langkah lebih drastik dengan menukar perjalanan melalui Afrika - perjalanan yang lebih jauh dan tentunya akan meningkatkan kos penghantaran barang-barangan yang dibawa. 

Kredit:

  1. NY Times
  2. Wikipedia
  3. BBC



Hakcipta iluminasi.com (2017)