Oleh pada 18 Dec 2017 kategori

kenapa baitulmaqdis sangat penting kepada islam yahudi kristian nasrani

Baitulmaqdis ataupun Jerusalem menurut Barat adalah sebuah kota/bandar yang terletak di tanah Palestin dan merupakan antara tempat paling suci di dunia menurut beberapa agama-agama monoteistik. 

Baitulmaqdis merupakan kawasan yang mempunyai sejarah penting bagi 3 agama terbesar dunia iaitu Islam, Judaisma (Yahudi) dan Kristian. 

Sejarah Awal Sejak Zaman Gangsa  

BESARKAN TEKS     A-  A+

alat alat di zaman gangsa

Sumber Foto: apworldipedia.com

gambaran lawatan ratu balqis ketika zaman nabi sulaiman

Sumber Foto: commons.wikimedia.org

Ahli penyelidik dan akademik percaya bahawa penempatan pertama di Baitulmaqdis bermula sejak Zaman Gangsa lagi, sekitar tahun 3500 B.C.

Nota: B.C. (Before Christ) adalah tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S.. A.D. (Anno Domini) adalah tahun selepas kelahiran Nabi Isa A.S.. 

Pada tahun 1000 B.C., Nabi Daud yang merupakan seorang raja telah menawan Baitulmaqdis dan menjadikannya sebagai ibu negeri kerajaan Yahudi. Anak baginda, Nabi Sulaiman A.S. telah membina Kuil Pertama 40 tahun kemudian di kota ini. 

Pada tahun 586 B.C., Baitulmaqdis telah ditawan oleh tentera Babylon, dan mereka menghancurkan Kuil Pertama dan menghalau kaum Yahudi daripada Baitulmaqdis.

50 tahun kemudian, Maharaja Cyrus dari Parsi membenarkan kaum Yahudi untuk pulang ke kota suci ini dan mereka membina semula kuil mereka. Kuil ini dikenali sebagai Kuil Kedua.

Alexander the Great kemudiannya merampas Baitulmaqdis daripada kerajaan Parsi pada tahun 332 B.C.. Dalam beberapa ratus tahun berikutnya, kota ini telah ditawan dan diperintah oleh beberapa kuasa-kuasa besar.

Nota: Terdapat banyak percanggahan pendapat tentang sama ada Alexander the Great adalah Dhul-Qarnayn (Zulqarnayn). Kisah Dhul-Qarnayn ada disebut di dalam Kitab Suci Al-Quran. 

Antara kuasa-kuasa besar yang pernah menawan Baitulmaqdis termasuklah kerajaan Rom, Parsi, Arab, Fatimids, Seljuk Turki, Crusaders, Mesir, Mamelukes dan Islam. 

Baitulmaqdis di Bawah Pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah

kerajaan turki uthmaniyah tewas kepada british 818

Sumber Foto: balfourproject.org

Kerajaan Turki Uthmaniyah memerintah Baitulmaqdis dan sebahagian besar Timur Tengah dari tahun 1516 hingga 1917.

Selepas Perang Dunia Pertama, British mengambil alih Baitulmaqdis, yang merupakan sebahagian daripada Palestin. British mengawal kota tersebut dan kawasan sekelilingnya sehingga tahun 1948 sebelum kaum Yahudi menubuhkan negara haram Israel

Sejak 1948, Baitulmaqdis terbahagi kepada 2 bahagian. Israel menguasai kawasan Barat Baitulmaqdis, manakala Jordan menguasai bahagian Timur. Selepas Perang 6 Hari pada 1967, Israel mengambil alih seluruh Baitulmaqdis.  

Western Wall (Dinding Ratapan)

western wall wailing wall dinding ratapan

Sumber Foto: pinterest.com

Pada tahun 37 B.C., Maharaja Herod telah melakukan penstrukturan semula Kuil Kedua dan menambah dinding di sekilingnya. Pada tahun 70 A.D., tentera Rom telah menghancurkan Kuil Kedua.

Western Wall merupakan sisa purba daripada dinding Kuil Kedua. Ia digelar dinding ratapan kerana kaum Yahudi akan berdoa dan meratapi kehancuran kuil tersebut.

Setiap tahun, berjuta-juta kaum Yahudi dari seluruh dunia akan melawat dinding tersebut. Disebabkan tapak Temple Mount (tempat sebenar kuil asal) didiami kebanyakan umat Islam, Western Wall dianggap sebagai tempat suci untuk kaum Yahudi bersembahyang.

The Dome of the Rock

masjid al aqsa dan dome of the rock

Sumber Foto: khudi.wordpress.com

Pada tahun 691 A.D., the Dome of the Rock, sebuah tugu Islamik dengan dom emas telah dibina di tapak hancurnya Kuil Pertama. 

Dom emas yang terletak di Temple Mount ini dibina oleh Khalifah Abd al-Malik. Ia merupakan satu-satunya bangunan Islamik yang tertua yang masih bertahan sehingga kini. 

Ketika Perang Salib, umat Kristian mengubah monumen ini menjadi sebuah gereja. Pada tahun 1187, tentera Islam telah menawan semula Baitulmaqdis dan menjadikan ia semula kepada sebuah tugu.  

Nota: Ramai terkeliru antara the Dome of the Rock dan Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa terletak di kawasan berdekatan namun mempunyai kubah berwarna perak kegelapan. 

Mengapa Baitulmaqdis Suci Bagi Kaum Yahudi

temple mount

Sumber Foto: smithsonianmag.com

Temple Mount merupakan sebuah tapak yang terletak di kawasan bukit Baitulmaqdis meliputi tanah seluas 35 ekar. Western Wall, the Dome of the Rock dan Masjid Al-Aqsa terletak di sini. 

Temple Mount merupakan mercu tanda bersejarah yang suci bagi agama Yahudi. Menurut kitab suci mereka, di sinilah dikatakan tempat Nabi Ibrahim hampir-hampir mengorbankan anak baginda Nabi Ishaq.

Di sini jugalah terletak Kuil Pertama dan Kuil Kedua tempat nabi-nabi mengajar.  

Mengapa Baitulmaqdis Suci Bagi Umat Kristian

church of the holy sepulchre

Sumber Foto: planetware.com

Pada tahun 335 A.D., The Church of the Holy Sepulchre telah dibina di Baitulmaqdis. Di tempat inilah kebanyakan umat Kristian percaya Jesus (Nabi Isa A.S. menurut Islam) telah disalib sekitar tahun 30 A.D.. Mereka juga percaya di sini jugalah tempat Jesus akan dibangkitkan.

Selain itu, umat Kristian juga percaya betapa pentingnya Temple Mount kepada tahap keimanan mereka. Di tempat inilah disebut di dalam Old Testament tentang kisah nabi-nabi.

Bermula kurun pertama A.D., ramai umat Kristian dari Eropah telah melawat ke Baitulmaqdis bagi mengerjakan pilgrim (haji). Dari tahun 1099 hingga 1187, kota ini telah ditawan oleh tentera Salib.

Mengapa Baitulmaqdis Suci Bagi Umat Islam

masjid al aqsa

Sumber Foto: 5pillarsuk.com

Baitulmaqdis merupakan tempat suci ketiga selepas Mekah dan Madinah . Kota ini menempatkan Masjid Al-Aqsa, masjid kedua selepas Kaabah. Masjid ini merupakan kiblat pertama umat Islam, sebelum ianya berpindah ke Kaabah selepas turunnya wahyu. 

Nabi Muhammad S.A.W. secara jelas menuntut umat Islam untuk melawat Masjid Al-Aqsa (Bukhari & Muslim). Pahala menunaikan solat di masjid ini digandakan 500 kali berbanding di lain-lain tempat. Nabi Muhammad S.A.W. pernah mengimamkan solat di Masjid Al-Aqsa.

Peristiwa Isra' Mi'raj berlaku di Baitulmaqdis pada tahun 27 Rejab 632 A.D.. Ketika peristiwa tersebut, Nabi Muhammad S.A.W. telah dibawa oleh Malaikat Jibril dari Mekah ke Baitulmaqdis.

Baginda kemudiannya dibawa menunggang Buraq dan naik ke langit dan syurga untuk menemui para Nabi dan Rasul sebelum baginda.

Ramai para nabi dan rasul telah wafat di Palestin, termasuklah Nabi Ibrahim A.S., Nabi Yaqub A.S., dan Nabi Ishaq.

peristiwa israk mikraj

Sumber Foto: arnamee.blogspot.my

Rujukan:

  1. albalagh.net
  2. history.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)