Kredit foto: Instagram Aiman Tino
Penyanyi Aiman Tino tidak dapat menahan sebak apabila bakal adiknya yang ke-11 yang dikandungkan ibunya, Hazelina Mat Jalil meninggal dunia dua hari lepas.
Aiman yang tidak sangka dengan berita keguguran kandungan itu berkata, pada awalnya dia berniat untuk menyara kehidupan adiknya itu menggunakan pendapatannya dalam kerjaya seni.
Saya sudah ada pendapatan sendiri dan kalau boleh mahu menjaga adik yang bakal lahir dengan sebaik-baiknya. Namun, apa boleh buat Allah lebih menyayanginya.
Sumber: Harian Metro
Dalam pada itu, bapa Aiman, Yusry Ishak memberitahu isterinya itu telah hamil tiga bulan tetapi mendapat pendarahan sejak menemani Aiman membuat persembahan di Melaka pada 3 Ogos lalu.
Sejak itu Hazelina kurang sihat. Pada 12 Ogos lalu dia ikut saya dan Aiman ke Langkawi untuk penggambaran klip video. Sebaik kembali ke ibu kota, saya membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan dia ditahan sehinggalah semalam doktor mengesahkan kandungan tidak dapat diselamatkan. Hari ini Hazelina berpuasa kerana pada jam 9 pagi esok rahimnya akan dicuci di sebuah klinik swasta di Tanjung Malim. Doakan segalanya berjalan lancar.
Sumber: Harian Metro
Terdahulu, perkahwinan Yusry dan Hazelina dikurniakan 10 cahaya mata iaitu Nur Fara Ain, 23, Mohd Aidil, 22, Nurfarazira, 21, Nur Isfasha, 15, Mohd. Haikal, 11, Nur Alya Mahsuri, 8, Nur Qaseh Mahsuri, 6, Mohd. Ikhwan, 3 dan Nur Nina Izara, 2 termasuk Aiman, 19.