Sir Richard Branson memulakan empayar Virgin setelah mengasaskan Virgin Records pada tahun 1972. Pemilik syarikat yang berpengaruh itu kemudian menubuhkan konglomerat Kumpulan Virgin, diberikan darjah kebesaran oleh Ratu England dan memiliki harta sekitar $5 bilion.

Maharaja perniagaan ini juga dikenali kerana sukakan pengembaraan mencabar mengelilingi dunia dan juga sikapnya yang nakal sambil suka mengusik orang lain. Tidak hairanlah beliau pernah bergambar lucu bersama salah seorang pekerja Virgin yang ditangkap sedang tidur ketika waktu bekerja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

richard branson kelakar lucu staff kantoi tidur

Menurut laman web Virgin, Sir Richard Branson tidak memasang niat untuk bersara kerana beliau ingin menghabiskan sisa hidupnya membuat kerja amal.

Mesti ramai orang tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan orang ketujuh paling kaya di United Kingdom ini. Kami kongsikan rutin harian (kebiasaan) Sir Richard Branson:

1. Bangun seawal 5 pagi

richard branson jutawan united kingdom virgin bangun awal

Sir Richard Branson memastikan beliau bangun seawal jam 5 pagi setiap hari. Apabila bangun awal, beliau boleh meluangkan masa untuk lebih banyak perkara dan mencatat rancangan harian agar lebih efektif.

2. Luang masa bersama keluarga untuk bersarapan

keluarga richard branson

Beliau tidak pernah mengabaikan keluarga dan memastikan mereka bersarapan bersama setiap pagi. Masa yang diluangkan ini juga membantu keluarga mengetahui betapa pentingnya mereka dalam kehidupan Branson dan ia juga membuatkan Branson lebih bersedia secara mental untuk menghadapi hari yang sibuk.

3. Bersukan

richard branson bermain tenis

Branson merupakan seorang yang aktif walaupun telah berusia 67 tahun. Setiap pagi, beliau akan meluangkan masa untuk bersukan sama ada bermain tenis, berjalan atau berlari, menunggang basikal ataupun bermain luncur air layang-layang.

4. Menggemari kite-surfing

richard branson obama kitesurfing

Menurut Branson, sukan luncur air layang-layang membuatkannya berasa bebas, sangat teruja dan pada masa yang sama bersatu dengan alam. Adrenalin semasa meluncur memberikan Branson satu perasaan yang luar biasa. Beliau amat sukakan sukan ini hingga berjaya mempengaruhi bekas Presiden AS, Barack Obama untuk bertanding meluncur bersama pada awal tahun ini.

5. Bekerja dari Necker Island

richard branson necker island rumah

Walaupun ibu pejabat Virgin berpangkalan di London, namun Branson menetap di Necker Island yang terletak di British Virgin Islands. Beliau telah membeli pulau itu dengan harga $320,000 pada tahun 1979 dan masih tinggal di kediamannya itu sehingga kini. 

6. Nakal dan lucu

richard branson berpakaian seperti pramugari akibat kalah bet dengan tony fernandes

Pada tahun 2010, beliau pernah menyertai sebuah maraton di London dengan memakai pakaian berbentuk rama-rama. Kemudian pada tahun 2013, beliau pernah berpakaian seperti seorang pramugari lengkap dengan gaya rambut dan gincu bibir akibat kalah dalam satu pertaruhan bersama Tony Fernandes.

7. Tidak suka tali leher

richard branson gunting tali leher benci tali leher

Apabila berada di pejabat, Branson tidak suka memakai sut dan tali leher. Menurutnya, beliau amat membenci tali leher dan tidak faham mengapa aksesori itu dicipta. Malah, kebencian meluapnya terhadap tali leher membuatkan Branson pernah membuat beberapa percubaan untuk menggunting tali leher yang dipakai oleh orang lain.

8. Sentiasa produktif

sentiasa produktif richard branson

Branson tidak pernah mensia-siakan masanya. Beliau sentiasa memastikan kesemua perniagaannya berjalan lancar selain mengemas kini sendiri pelbagai platform media sosialnya, menulis blog, membaca berita dan berkomunikasi dengan kakitangan di seluruh dunia.

9. Komunikasi dengan pekerja bawahan

richard branson komunikasi dengan kakitangan

Sebagai pemimpin perniagaan yang moden, Branson sering berkomunikasi dengan kakitangannya untuk mendapatkan maklum balas dan memberikan arahan atau berkongsi idea baru. Semuanya ada di hujung jari Branson.

10. Catat segala perkara

richard sentiasa mencatat idea dalam buku nota

Untuk memastikan beliau sentiasa ingat apa yang perlu dibuat, Branson mempunyai tabiat membawa bersama sebatang pen. Ini adalah salah satu rahsia kejayaan hidup Branson. Menurutnya, kita tidak boleh jangka bila sesuatu idea yang bernas akan muncul. Jika tidak ada buku nota, anda boleh menulis di atas kertas tisu, atas tangan ataupun di dalam pasport seperti Branson.

11. Minum teh sehingga 20 cawan sehari

richard branson minum 20 cawan teh setiap hari

Sir Richard Branson merupakan seorang warga British sejati yang menggemari teh. Beliau minum sehingga 20 cawan teh sehari untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. Teh Branson disediakan kosong tanpa sebarang gula.

12. Yoga dan taichi untuk minda yang lebih zen

richard branson yoga taichi aktif bersukan

Di sebalik kehidupan yang amat sibuk dan hobi yang ekstrem, Branson meluangkan sedikit masa setiap hari untuk mengamalkan yoga dan taichi. Ini membantu beliau untuk kekal fokus dan menghilangkan rasa letih.

13. Tidak suka mesyuarat formal

richard branson mesyuarat sambil makan

Branson gemar bermesyuarat dalam suasana yang lebih santai. Disebabkan itu beliau sering menjadualkan mesyuarat sewaktu makan tengah hari. Menurutnya, makanan yang dikongsi semasa bermesyuarat boleh mengubah suasana yang tegang menjadi lebih menyenangkan. Jika beliau tidak mempunyai masa, beliau hanya suka bermesyuarat sambil berjalan.

13. Tidur selewat-lewatnya jam 11 malam

richard bransonmakan malam sebelum tidur

Kebiasaannya Branson akan malam dalam kumpulan besar di mana beliau dapat berkongsi cerita bersama keluarga, kakitangan atau rakan-rakan. Selain itu, ia juga merupakan salah satu sesi brainstorming bagi melahirkan ratusan idea-idea baru. Usai makan malam, Branson akan tidurr sekitar jam 11 malam kerana beliau memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam waktu tidur untuk minda yang cerdas keesokan hari.

Happeningnya hidup beliau.

Rujukan:

1. Forbes

2. Business Insider

3. Virgin ( 1 , 2 )




Hakcipta iluminasi.com (2017)