Aktres Nora Danish mendedahkan dia dilarang berjalan dalam tempoh tiga minggu kerana mengalami masalah tulang pinggul baru-baru ini.

Nora, 36, berkata, hal itu disebabkan bayi dalam kandungannya yang agak besar, termasuk faktor umurnya yang semakin meningkat.

"Mengandung pada usia sudah lebih 30 tahun agak berbeza berbanding kandungan pertama ketika usia 20an.

"Kandungan saya lebih besar kali ini sehingga saya alami masalah tulang pinggul dan tidak boleh berjalan selama tiga minggu," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Nora membuat kenyataan tersebut di majlis pelancaran produk kosmetiknya, Oh Most Wanted yang berlangsung di Play Up Advance, Fahrenheit 88, Kuala Lumpur, semalam.

Nora menambah, masalah kesihatannya juga menjadi faktor dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

rupa rupanya ini punca mengapa nora danish berkerusi roda 2

Dalam pada itu, mengulas mengenai kutukan netizen yang mengatakan dia sebagai pemalas, Nora enggan melayan kecaman itu, malah tidak membaca ruangan komen yang mempunyai unsur negatif.

"Saya tidak baca komen-komen yang mengacau jiwa dan saya tidak kisah apa yang mereka nak katakan.

"Biasalah netizen akan kata macam-macam, saya nak hidup dalam keadaan positif," katanya yang kini hamil tujuh bulan.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara tertutup.

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)