Kredit foto: Siakapkeli

Dengan keizinan Tuhan, Nedim Nazri berhasrat untuk membimbing isterinya, Nora Danish hingga ke syurga. 

Kenyataan itu diluahkan Nedim menerusi laman Instagramnya selepas mendirikan rumah tangga bersama Nora. 

Hari ini menjadi permulaan kepada kehidupan baharu kita. Saya tidak pernah tersekat-sekat ketika berkata-kata, namun malam tadi saya berdepan dengan hal itu. Ia berlaku kerana saya bertemu mimpi (kamu) yang menjadi nyata. Saya tak mampu menahan air mata daripada terus jatuh. Ia air mata kegembiraan. Saya sentiasa berkata, Allah ialah sebaik-baik perancang dan terpulang kepada-Nya untuk membenarkan dua hati menjadi satu. Dengan izin-Nya, Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui, semua berlaku malam tadi. Dengan anugerah itu pada hari ini, kepada Nora Danish, isteriku, saya berjanji untuk menjadi suami yang bertanggungjawab seperti diimpikan dan mencintai kamu secara mutlak. Saya berjanji untuk membahagiakan kamu dan paling penting dengan restu Allah, insya-Allah saya akan membimbing kamu ke jannah.

Sumber: Instagram Nedim Nazri & BH Online

Nora pula dalam kenyataannya sebelum ini mengharapkan rumah tangga kali kedua yang dibinanya itu akan berkekalan. 

Penyatuan ini umpama mimpi menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik ini untuk disatukan dengan belahan jiwa. Harapan saya, semua dapat doakan kebahagiaan kami.

Sumber: BH Online

Nora Danish adalah pelakon yang mula mengecapi populariti menerusi sitkom Puteri. Hasil perkahwinan pertamanya, beliau dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal Ramli - kini berusia 8 tahun. 

Terdahulu, pasangan Nora dan Nedim dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup di Seputeh, 30 Mac lalu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)