Akhirnya persoalan isu kehamilan Nora Danish terjawab apabila aktres itu mengakui sedang hamil tiga bulan.
Menurut Nora, berita itu benar-benar menggembirakan hatinya, termasuk suami, Nedim Nazri yang kelihatan sungguh teruja.
Saya amat gembira dengan perkhabaran ini termasuklah suami. Malah suami bertambah teruja kerana dia sendiri mempunyai pengalaman memilki anak sebelum ini.
Sumber: Mstar
Susulan itu, pelakon filem Isteri Untuk Dijual itu dinasihatkan doktor supaya mengurangkan aktiviti seni demi keselamatan bayi yang dikandung.
Nora menyifatkan bayi yang bakal lahir sebagai kurniaan istimewa walaupun mereka sudah mempunyai cahaya mata masing-masing hasil perkahwinan terdahulu.
Ini kerana Nora menganggap kehamilan sulung dalam perkahwinan itu membuktikan tanda cintanya bersama Nedim.
Untuk info, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 30 Mac lalu.
Masing-masing telah dikurniakan anak, Nora menerusi perkahwinan bersama Rizal Ashram memperoleh Putra Rayqal (8 tahun), manakala Nedim bersama isteri terdahulu yang dikenali sebagai Nabilah Khan mempunyai anak bernama Nedrin (5 tahun).
Kredit foto: Instagram Nora Danish