Kredit foto: Instagram Majlis Bandaraya Ipoh
Youtuber S Pavithra dan M Sugu enggan lagi melibatkan diri dengan laman video YouTube.
Ia sekaligus menjawab punca mereka memadam 98 buah video di saluran 'Sugu Pavithra'.
Sugu, 29, berkata, mereka memutuskan untuk tidak lagi membabitkan diri dalam apa-apa perkara yang mendapat perhatian ramai.
BACA: Biodata Sugu Pavithra
BACA: Sugu Pavithra Kembali! Tak Kisah Hilang Pendapatan Youtube Kerana..
Kredit foto: Facebook Sugu Pavithra
“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.
“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya ketika dihubungi portal Sinar Harian.
Menyentuh perancangan mendatang, Sugu memberitahu dia belum lagi memikirkan soal itu.
Dalam pada itu, ibu Sugu, G Rajeswari, 55, menyatakan hasrat untuk melihat hubungan anak dan menantunya kekal baik selepas berdepan beberapa dugaan sebelum ini.
“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.
“Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” katanya yang ditemui di Ladang Elphil, Sungai Siput.
Menurut Sinar Harian, rumah sewa baharu pasangan Youtube sensasi itu yang terletak di Kampung Muhibbah kelihatan sunyi sejak dua hari lalu.
Terdahulu, mereka hilang dari 'radar' Youtube selepas kandungan video di saluran Sugu Pavithra didapati dipadam.
Kredit video: Sugu Pavithra Padam Semua Video Masakan Di YouTube
Sumber berita: Sugu Pavithra tak mahu ada kaitan lagi dengan YouTube