Kredit foto: beautifulnara.com
Pelakon Azrel Ismail (33 tahun) mengakui pernah meluahkan rasa sayangnya terhadap aktres jelita Ruhainies sebagai tanda persahabatan yang sekian lama terjalin.
Sejujurnya saya memang menyayangi Ruhainies tapi kalau orang kata sayang kerana kami bercinta, itu salah sama sekali.
Ungkapan tersebut hanyalah sebagai tanda sayang saya kepada seorang sahabat, sama seperti saya menyayangi teman-teman yang lain.
Bagaimanapun, tentang soal jodoh dengan Ruhainies, saya tak fikir lagi sampai ke tahap itu. Kalau sudah tertulis ada jodoh antara kami, adalah.
Menerusi sebuah portal hiburan, Ruhainies baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Azrel pernah meluahkan rasa sayang kepadanya.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Azrel berasakan peminat berfikiran mereka menjalin hubungan cinta disebabkan mereka berdua kerap muncul bersama di acara hiburan.
Bila selalu muncul berdua orang ingat kami bercinta walaupun sebenarnya kami hanya berkawan rapat.
Kalau orang luar fikir begitu, terpulanglah, apa yang boleh saya kata hubungan kami sekadar teman rapat dan tak lebih daripada itu. Saya pun belum terfikir lagi soal kahwin dan mahu fokus dengan kerjaya terlebih dulu.
Malah, pelakon drama 'Cucu Tauke Beras' itu juga berkata Ruhainies merupakan seorang gadis yang lemah lembut, baik dan menyenangkan.
Sesekali ada juga saya hantar mesej bertanya khabar, tapi bagi saya itu perkara biasa sebagai seorang teman.
Sumber: mStar Online