Kredit foto: Instagram Rody Kristal
Akhirnya gitaris kumpulan Kristal, Rody berhasrat menamatkan zaman bujangnya dengan teman wanita yang merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman.
Rody membuat lamaran secara terbuka menerusi laman Instagram pada Khamis.
Difahamkan, usia perkenalan mereka hanyalah enam bulan, namun kerana keserasian, gitaris berusia 31 tahun itu yakin wanita itu adalah jodohnya.
Malah Rody kini dalam perancangan untuk menghantar rombongan meminang dalam masa terdekat.
Kredit foto: Instagram Rody Kristal
Saya mula mengenali dia pada bulan April lalu daripada seorang rakan dan hubungan itu semakin rapat kerana kami rasa serasi bersama. Tadi (Khamis) saya buat lamaran di laman Instagram dan Alhamdulillah dia terima, Insya-Allah saya dan keluarga akan buat persiapan untuk menghantar rombongan terdekat dalam minggu ini atau minggu depan.
Sumber: Mstar
Mengulas lanjut mengenai ciri-ciri Izwani, Rody menyifatkannya sebagai seorang wanita yang sangat memahami meskipun mereka daripada latar pekerjaan yang berbeza.
Malah dia juga terpikat dengan sifat wanita itu yang penyayang dan bertanggungjawab.
Dia sangat baik hati sehingga membuatkan saya rasa dia perempuan paling sesuai untuk saya jadikan teman hidup. Walaupun bidang kami berbeza tapi dia memahami kerjaya saya sebagai anak seni. Setakat ini kami tiada masalah dengan jadual dan masa kerja memandangkan dia bekerja dengan kerajaan.
Sumber: Mstar
Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan.