Kredit foto: encikshino.com
Selepas bekas kekasihnya, Aiman Hakim mendedahkan masih menyimpan perasaan sayang terhadapnya, pelakon Fathia Latiff mengakui berasa terkejut.
Bagaimanapun, Fathia enggan mengulas lanjut kenyataan tersebut kerana tidak mahu melukai hati mana-mana pihak. Bahkan, beliau kini hanya mahu menyerahkan soal jodohnya kepada takdir.
Kredit foto: Instagram Fathia Latiff
Saya hanya redha dengan apa yang terjadi dan tidak mahu bercakap banyak mengenainya. Biarlah saya serahkan soal jodoh kepada Yang Maha Kuasa kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Pada saya apa yang telah berlaku biarlah ia berlalu begitu sahaja kerana saya faham kadang-kadang hati serta perasaan seseorang itu tidak boleh dikawal.
Sumber: Astro Gempak
Menurut Fathia lagi, tumpuannya kini hanyalah kepada bidang perniagaan dan lakonan yang diceburinya. Dia berazam untuk menjadi ikon kepada masyarakat khususnya golongan muda.
Buat masa sekarang biarlah saya fokus dulu kepada lakonan dan perniagaan kerana saya ingin menjadi contoh terbaik kepada remaja diluar sana.
Sumber: Astro Gempak
Dalam perkembangan lain, Fathia berasa bersyukur atas penerimaan baik daripada peminat terhadap drama terbarunya, Menanti Februari yang menggandingkan beliau bersama pelakon Zul Ariffin.
Kreditt foto: Astro Gempak