Umai adalah menu tradisi kaum Melanau yang berada di Sarawak terutamanya golongan nelayan.
Pada dasarnya, umai adalah hidangan yang terdiri daripada hirisan ikan mentah yang dicampur dengan bawang, cili, garam dan perahan air limau.
Pada tahun 2012, umai sepanjang 170.3 meter yang disediakan semasa karnival "Masihkah Kau Ingat" yang diadakan di Dalat telah diisytiharkan sebagai "umai terpanjang" oleh Malaysia Book of Records.
Umai Ayam
Bahan-bahan:
- Dada ayam
- Sayur-sayuran
- Cili padi (2 tangkai)
- Bawang putih (2 ulas)
- Lemon
- Limau nipis
- Bawang merah
- Daun limau purut
- Beras perang (1 penumbuk)
- Teh herba (1 gelas)
Cara penyediaan:
1. Rebus dada ayam sehingga pecah minyak. Kemudian, celur sayur-sayuran dalam air rebusan ayam.
2. Dalam masa yang sama, tumbuk cili padi dan bawang putih; serta perah lemon dan limau nipis dalam lesung tadi.
3. Masukkan hirisan bawang merah dan daun limau purut.
4. Carik-carikkan isi ayam tadi dan gaul rata dalam lesung.
5. Siap untuk dinikmati dan dihidang bersama beras perang dan teh herba.
Nota:
➡ Menu ini sesuai untuk sesiapa yang sudah bosan dengan menu 'eat clean' yang sama dan mahu memasak tanpa menggunakan bahan-bahan yang aneh.
➡ Terlalu banyak perasa tambahan menyebabkan vili di dalam usus kecil gagal menyerap zat nutrisi dengan baik.
➡ Purata kcal ialah 500kcal dan tidak mempunyai S.O.S, garam, minyak dan gula.
Tips pemilik resepi turun berat sebanyak 20kg lemak badan dalam tempoh 6 bulan:
✔ Fokus pada 80% sumbangan nutrisi pada badan.
✔ Makan tidak lebih dari 1200kcal sehari.
Sumber: