Oleh pada 10 Mar 2018 kategori

ais kepal milo tok abah kuala kangsar

Baru-baru ini, viral mengenai ais kepal Milo Tok Abah Kuala Kangsar. Bagi anda yang masih belum pernah mencuba ais kepal milo ni, anda harus mencubanya kini. Sebelum ini, kita hanya dapat melihat ramai netizen memuatnaik gambar ais kepal milo di laman sosial mereka sahaja, kini kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke restoran atau gerai-gerai berdekatan. Kita boleh membuatnya sendiri.

Perlu diingati, resipi ini amatlah tidak sesuai bagi anda yang berpenyakit kencing manis kerana kandungan gulanya amatlah tinggi. Atau anda boleh mengubahsuai atau mengolah resepi ini mengikut citarasa atau kesesuain anda sendiri. Jangan lupa untuk kongsikan gambar milo kepal ais anda di ruangan komen ya!

Resepi Ais Kepal Milo Viral

bahan bahan milo kepal ais

Bahan-bahan penyediaan

  • Milo satu tin
  • Ais atau air batu sebata besar
  • Susu (lagi elok kalau susu kotak rendah lemak)
  • Air kosong
  • Blender biasa
  • Topping (mengikut kesukaan anda)

topping ais kepal milo

Topping yang boleh dicadangkan

  • Choc rice
  • Kacang tanah hancur
  • Biskut oreo
  • Nata de coco
  • Jeruk buah
  • Kacang gajus dikisar halus

Cara-cara penyediaan ais kepal Milo

Masukkan serbuk milo secukupnya ke dalam kuali atau periuk. Tambahkan air supaya serbuk Milo menjadi cecair. Tetapi pastikan Milo anda dalam keadaan pekat ya. Jangan tambah terlalu banyak air. Kalau cair nanti tak sedap pula. Tapi kalau anda berpenyakit kencing manis, bolehlah gunakan cecair Milo yang cair.

cara kepal ais

Kisar ais menggunakan blender sehingga hancur. Pastikan tidak terlalu hancur menjadi air. Bila sudah kisar, keluarkan ais dan kepal menggunakan tangan anda. Atau anda boleh kepal ais menggunakan kain yang bersih bagi mengelakkan tangan anda kesejukkan ketika mengepal.

Tuang susu pekat pada kepalan ais anda tadi. Atau gunakan susu kotak dutchlady atau nestle. Sekiranya anda menggunakan susu kotak, susu itu akan lebih mudah menyerap masuk ke dalam ais. Susu pekat agak sukar untuk diserap masuk ke dalam ais.

ais kepal milo yang sangat menyelerakan 587

Kemudian tuang Milo dalam bentuk cecair yang sudah dipanaskan tadi di atas ais kepal anda. Oh tidak lupa, lebih elok sekiranya cairan Milo ini dibiarkan sejuk terlebih dahulu.

Akhir sekali campak topping mengikut kesukaan anda. Kalau saya, saya sukakan kacang yang lebih, jadi saya letakkan banyak kacang kisar di atas milo kepal ais saya tadi.

ais kepal milo yang sudah siap untuk dihidangkan

Siap dan boleh dihidangkan. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda ya. Selamat mencuba! 

kredit :

Camelia Ashikin

Says Milo Kepal Ais




Hakcipta iluminasi.com (2017)