Oleh pada 26 Dec 2019 kategori

Masih ramai belum sedar yang majoriti susu pekat manis di pasaran adalah bukan susu. Sekarang, mereka menggunakan nama krimer pekat manis. 

Majoriti tiada susu yang digunakan. Jika ada pun, jumlahnya sedikit sahaja.

Yang banyak hanyalah isirong kelapa sawit dan digabungkan dengan kandungan gula putih yang sangat tinggi bagi mengekalkan fungsinya sebagai 'pengawet'. Terlalu banyak gula dan mikroorganisma mati menjadikan ia tahan bertahun-tahun.

Ramai salah faham menganggap ianya susu sedangkan kenyataannya tidak begitu.

Susu Pekat Manis Homemade (Versi 1)

Bahan-bahan:

  • Susu segar (6 cawan/mug) - saiz 250ml
  • Gula organik (raw cane sugar) (2 cawan)
  • Minyak zaitun (olive oil) (2 sudu besar)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kacau gula dan susu dengan api kecil sehingga hancur.
  2. Besarkan api kepada sederhana. Sentiasa kacau selama 20 minit sehingga pekat.
  3. Campurkan minyak zaitun dan kacau lagi beberapa minit.
  4. Ketepikan dan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan selama 2-3 bulan di bahagian chiller.

susu pekat manis homemade 1

Sila 'follow' Facebook Ainini Zainal untuk resepi-resepi dan info pemakanan sihat. 

Susu Pekat Manis Homemade (Versi 2)

susu pekat manis homemade 2

Bahan-bahan:

  • Susu tepung anak (2 cawan) - jangan gunakan susu anak bawah 12 bulan kerana rasanya lain
  • Gula pasir (1 cawan)
  • Garam bukit (secubit) - untuk rasa lemak berkrim
  • Air secukupnya (1 gelas) 

Nota: Sukatan adalah secara anggaran sahaja.

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan susu tepung anak.
  2. Kacau sahaja sehingga semua larut dan tutup api.
  3. Setelah suam-suam sedikit, masukkan dalam bekas dan letakkan dalam peti ais. Siap susu pekat bervitamin DHA.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Ainini Zainal [12]

2. Nurul Wada Adilah Azmi [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)