Kredit foto: Intan Elly & Khairil Bariah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)
Nasi goreng USA merupakan antara masakan Malaysia yang popular dan senang didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng ini merupakan antara jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang dijual di Malaysia.
Nasi goreng USA adalah singkatan kepada nasi goreng udang, sotong dan ayam. Penggunaan USA merujuk kepada ketiga-tiga bahan yang digunakan itu. Oleh itu, menu ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan negara USA.
Akan tetapi, ramai tukang masak yang menyalahtafsir maksud USA itu sendiri sehingga ada yang memperkenalkan nasi goreng cara tersendiri iaitu nasi goreng yang dihidangkan bersama sedikit lauk (sama ada ayam atau daging) dengan telur goreng.
Secara jelas, bahan asas untuk menu ini ialah nasi goreng. Kebiasaannya, nasi goreng tersebut cuma mempunyai ramuan biasa iaitu perencah utama seperti bawang, pes rencah dan sedikit sayuran.
Namun, penggunaan udang, sotong dan ayam dalam hidangan ini yang membezakan nasi goreng USA dengan jenis nasi goreng yang lain. Variasi jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.
Dari segi hidangan pula, nasi goreng USA secara kebiasaannya disaji bersama hirisan timun dan telur goreng. Terdapat juga yang disaji bersama beberapa racik daun selada, hirisan tomato atau keropok, berserta sos atau sambal.
Malah, ada juga yang meletakkan sup sebagai menu sampingan yang biasanya terdapat pada nasi ayam.
Nasi Goreng USA Versi 1
Nasi goreng USA menggabungkan nasi goreng belacan, daging masak merah, telur mata dan sambal belachan
Daging Masak Merah
Bahan-bahan:
- 300gm daging yang direbus dengan pewarna
- 3 biji bawang putih (diketuk)
- 1/2 bawang holland (dihiris)
- 2 inci halia
- 1 biji tomato
- Cili padi
- Cili merah
- 5 sudu sos cili
- Sedikit air rebusan daging (warna merah)
- Garam
- Serbuk secukup rasa maggi
Nasi Goreng Belacan
Bahan-bahan:
- 2 biji cili merah
- 4 biji cili padi
- 1 ibu jari belacan
Tumbuk lumat dan asingkan.
- 3 biji bawang putih
- 3 biji bawang merah
Dadukan.
- Sedikit udang
- 4-5 pinggan nasi putih
- 1 mangkuk kangkung
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Tumiskan bahan-bahan dadu.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk sehingga sedikit coklat dan naik bau. Letak sos tiram dan kacau sebentar.
3. Masukkan udang. Goreng sehingga masak.
4. Masukkan nasi dan sayur.
5. Perasakan dengan sos ikan dan perasa-perasa yang lain.
Nasi Goreng USA Versi 2
Nasi Goreng Udang Belacan
Cara penyediaan:
1. Tumis sambal belacan.
2. Masukkan udang dan kacang panjang.
3. Kemudian, masukkan nasi goreng.
4. Masukkan garam dan lada putih.
Daging masak merah
Bahan-bahan :
- Daging batang pinang
- Pewarna merah
Rebus daging seketul tersebut dengan air dan pewarna merah cap bintang. Jangan guna sirap. Rebus sebentar sahaja kerana batang pinang sudah pun lembut.
Bahan hiris:
- Hirisan daging
- Bawang holland
- Bawang putih
- Cili merah
- Cili padi
- Tomato
- Halia
- Sos cili botol
- Sos tiram
- Garam
- Lada putih
- Lebihan air rebusan daging
Cara penyediaan:
1. Panaskan kuali dan goreng daging.
2. Kemudian, masukkan bawang, tomato, halia dan cili yang sudah dihiris tadi. Goreng dengan cepat.
3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan air lebihan rebusan daging yang berwarna merah tadi.
4. Agak-agak sudah pekat kuah tersebut, boleh letak garam dan lada putih mengikut citarasa anda.
Sumber: