Roti john merupakan sandwic omelet iaitu hidangan snek terkenal di Brunei, Malaysia dan Singapura.
Bahan utama bagi membuat roti john termasuk daging cincang (ayam atau kambing), bawang, telur, sos tomato-chili dan roti baguette.
Roti adalah perkataan Hindi, Urdu dan Melayu untuk roti dan lebih umum untuk makanan berasaskan atau seperti roti, termasuk sandwic dan penkek.
Asal-usul perkataan john dalam nama hidangan ini didakwa disebabkan oleh roti baguette yang berasal dari Barat dan penjajah British di British Malaya dan pulau Singapura.
Setiap kali tibanya Ramadhan, ramai pasti akan membeli juadah ini bazar Ramadhan sehingga sanggup beratur panjang.
Roti John
Bahan-bahan:
- Roti frankfurter
- Daging burger atau isi ayam
- Sosej - untuk rasa istimewa sedikit (optional)
- Bawang merah - dipotong dadu
- Bawang putih - dipotong dadu
- Rempah kari* - dicampur air
- Daging* - dicincang
- Sosej* - dipotong
- Garam *
- Lada sulah *
- Telur
- Daun sup/bawang
- Mentega/planta
- Mayonis
- Sos cili
- Timun/salad
Nota: Bahan-bahan sememangnya tidak mempunyai sukatan.
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan rempah kari, daging, sosej, garam dan lada sulah.
2. Pecahkan telur dan masukkan daun sup atau bawang.
3. Campurkan.
4. Belah dua roti (jangan sehingga putus) dan sapukan mentega atau planta dan terus tekap atas pan.
5. Cairkan mentega atau planta dan tuangkan inti.
6. Tekapkan roti dan terbalikkan. Hasilnya seperti gambar di bawah.
7. Letak mayonis dan sos cili. Boleh juga letak timun atau salad. Ikut citarasa masing-masing.
8. Lipat roti dan potong. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: