Resepi ini merupakan warisan turun-temurun yang digunakan oleh pemiliknya untuk tujuan perniagaan. Hasil kulitnya licin, halus dan tidak menggerutu selepas digoreng.
Selain serunding ikan, serunding daging dan ayam boleh digunakan sebagai inti. Serunding ikan juga boleh digunakan untuk inti popia atau dimakan dengan pulut.
Karipap Mini
Bahan-bahan (karipap):
- Tepung gandum (250 gram)
- Marjerin (50) - dicairkan dan dibiar suam
- Garam halus (1/2 sudu teh)
- Air sejuk (110ml)
Bahan-bahan (serunding ikan):
- Ikan kembung atau ikan tenggiri (1kg) - pemilik resepi gunakan ikan selayang
- Kelapa (2 biji) - diambil santannya
Bahan kisar (serunding ikan):
- Cili kering (25) - pemilik resepi lebihkan
- Cili hidup (10)
- Halia (2 inci)
- Kunyit hidup (2 inci)
- Lengkuas (2 inci)
- Serai (2 batang)
- Bawang putih (4 ulas)
- Bawang merah (10 ulas)
- Asam keping (5) - 2 untuk kuali dan 3 untuk periuk
- Garam dan gula (secukup rasa)
Cara-cara membuat (serunding ikan):
- Sediakan periuk dan rebus ikan dengan air bersama asam keping. Rebus sehingga ikan masak. Jangan terlalu lama.
- Setelah siap, sejukkan ikan tersebut. Kemudian, isinya diambil dan kisar bersama air rebusan ikan tersebut.
- Sediakan kuali dan tumis bahan yang dikisar serta asam keping sehingga masak. Masukkan santan dan diikuti dengan isi ikan. Tumis sehingga kering. Siap.
Cara-cara penyediaan bergambar (karipap):
- Cairkan marjerin dan tuang ke dalam bekas yang berisi tepung. Gaul sehingga marjerin sebati dengan tepung. Tepung akan berketul-ketul.
- Kemudian, masukkan air yang dilarutkan bersama garam. Agak-agak, tepung tersebut tidak terlalu keras atau terlalu lembik. Uli sehingga berpuas hati.
- Apabila telah menjadi seperti dalam gambar, rehatkan doh tersebut selama lebih kurang 15 minit.
- Bahan-bahan untuk mula membuat karipap mini.
- Leperkan doh. Letakkan inti serunding dalam acuan. Pemilik resepi menggunakan acuan sahaja kerana tidak tahu untuk kelim karipap. Apabila menggunakan acuan, kelim karipap berkemungkinan besar terbuka semasa menggoreng. Oleh itu, letakkan sedikit air semasa mahu kelim karipap. Letak tepi acuan.
- Hasilnya.
- Rahsia supaya kulit karipap licin dan tidak bergerutu, jangan goreng dalam api yang panas. Jika tidak, ianya masak di luar sahaja dan tidak rangup di bahagian dalam. Minyak perlu banyak dan karipap perlu tenggelam supaya ia masak sama rata. Goreng dalam api sederhana atau perlahan. Selepas siap menggoreng, toskan minyak. Siap untuk dinikmati.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.