Adunan tepung goreng ayam
Bahan-bahan:
- 3/4 cawan tepung beras
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil jintan putih dan 1 sudu kecil rempah ketumbar dikisar dengan sedikit air
- 1 sudu kecil kunyit
- 1/2 sudu kecil perencah serbuk Maggie
- 1/2 sudu kecil rempah kari
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Cara penyediaan:
- Semua bahan di atas disatukan dalam satu bekas.
- Tambahkan dengan air kapur (secubit kapur + 1/4 cawan air).
- Kacau rata. Konsistensinya jangan begitu cair untuk tepung melekat dengan cantik.
- Salut ayam dengan tepung sehingga melekat dengan elok. Tips: Ayam ini telah direbus bersama dengan sup untuk gabungan ayam penyet lengkap.
- Panaskan minyak dalam periuk kecil.
- Setelah minyak betul-betul panas, masukkan ayam. Masak dengan api sederhana perlahan sahaja.
- Sewaktu menggoreng, tutup periuk dengan penutupnya untuk mengekalkan kelembapan ayam. Tips: Ayam digoreng tidak terlalu lama kerana telah masak sebelumnya. Boleh diketuk/penyet sedikit selepas diangkat.
- Salut juga adunan tepung pada tempe dan tauhu yang dipotong.
- Angkat setelah garing.
- Lebihan salutan tepung tadi, masukkan 2 sudu besar serbuk roti. Tips: Serbuk roti boleh didapatkan di kedai bakeri.
- Gaul rata serbuk roti dengan lebihan salutan tepung tadi.
- Goreng dalam minyak panas. Balik-balikkan.
- Toskan. Tumbuk dengan lesung batu atau kisar seketika untuk menghaluskan serdak keriuk.
Sambal Raden
Bahan-bahan:
- 6 tangkai cili merah (dipotong pendek)
- 2 tangkai cili padi merah
- 1/2 genggam ikan bilis
- 1 ulas bawang putih
- 1/4 bawang besar Holland
- secubit belacan
- 1/2 biji tomato
- 1/4 hirisan halia (sedikit sahaja)
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak secukupnya.
- Masukkan ikan bilis terlebih dahulu. Goreng seketika. Bukan sampai garing kering tau.
- Seterusnya, masukkan bahan-bahan selebihnya. Goreng sehingga bahan menjadi layu sebelum ditoskan.
- Selepas bahan goreng tersebut suam, kisar kasar seketika. Tidak perlu gunakan air.
- Tumis dalam minyak yang digunakan tadi. Kacau rata dengan api perlahan.
- Seterusnya masukkan air asam jawa (secubit asam jawa + 1/4 gelas air).
- Masukkan secubit gula Melaka, 1 sudu kecil KFC garam dan 1/2 sudu kecil KFC gula serta sedikit perasa. Kuantiti rasa terpulang pada citarasa masing-masing.
- Tutup api setelah sambal pecah minyak dan cukup rasanya. Siap untuk dihidangkan.
Tips: Resepi sambal di atas untuk 2 orang makan. Sebab tuan punya resepi terlupa beli lada merah banyak. Gandakan bahan sahaja jika dalam kuantiti banyak.
Boleh ikuti Facebook Afy AL Habibi untuk resepi lain yang lengkap.
Sumber: Afy AL Habibi