Lemang merupakan salah satu hidangan tradisi yang menjadi kegemaran ramai dari pelbagai lapisan.
Lemang biasanya boleh di dapati sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha .
Lemang juga sering dihidangkan bersama ayam masak merah, rendang, serunding atau apa sahaja lauk masakan lain.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, lalu dibakar sehingga masak.
Biasanya lemang dimasak dengan menggunakan buluh. Namun kini, terdapat cara mudah untuk memasak lemang tanpa perlu dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar.
Lemang Mudah Segera
Bahan-bahan :
- Beras pulut
- Santan kotak - jenama Kara
- Cawan kertas
- Daun pisang
- Air
- Garam
Cara-caranya :
1. Ambil beras pulut dan basuhkan dahulu. Kemudian toskan.
2. Untuk hasil yang lebih lazat, lebihkan kuantiti santan dan gunakan santan yang pekat.
3. Gulungkan daun pisang dan letakkan ke dalam cawan kertas.
4. Isi kan beras pulut ke dalam cawan kertas. Pastikan beras pulut tidak di isi penuh dan tidak di ketuk untuk kasi lebih mampat.
5. Campurkan sedikit air dan garam ke dalam santan. Letakkan santan di atas sedikit dari paras pulut
6. Kukuskan selama 2 jam. Selepas sejam buka tutup kukus dan tekan menggunakan garfu. Sekiranya hasilnya lembut, ia menandakan sudah menjadi. Sekiranya masih keras, masukkan sedikit santan dan kukuskan lagi.
Sumber: