Kuih bangkit adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum dan tepung sagu.
Kuih bangkit yang lazat akan larut di dalam mulut dan memiliki rasa yang rangup kalau dikunyah.
Rasanya yang manis juga menjadikannya diminati oleh golongan kanak-kanak.
Kuih Bangkit Cheese Rangup
Kuih ini rangup, tidak terlalu manis dan cair di dalam mulut apabila dimakan
Bahan A:
- Mentega (250gm)
- Kuning telur (2 biji)
- Gula ising (150gm)
- Susu tepung (2 sudu)
- Keju sagat (100gm)
Cara membuat:
Mix sehingga sebati. Jangan lama sebati sahaja.
Tips: Boleh juga menggunakan senduk kayu.
Bahan B:
- Tepung ubi (310gm) - disangai.
- Tepung jagung (300gm)
Cara membuat:
1. Campurkan bahan A dan bahan B. Sebatikan. Tepung tersebut berderai, tidak mengapa, gaulkan dan uli sehingga tidak melekat di tangan.
2. Canaikan adunan.
3. Tekap adunan dengan acuan.
4. Bakar selama 20-30 minit dengan suhu 150-160c.
Resepi Bonus: Biskut Susu Bandung 2 Bahan
Kuih ini mempunyai tekstur dan rasa ala-ala seperti kuih bangkit
Bahan-bahan:
- Susu bandung cap Saji (1 tin) - RM3.70
- Tepung jagung (1 bungkus) - RM1.40
➡ Tepung perlu agak sendiri. Agak-agak uli menjadi doh cantik dan tidak melekat pada tangan.
Cara penyediaan:
Bakar pada suhu 150 selama lebih kurang 20 minit. Agak-agak bawah sudah kuning, bermaksud ia telah masak.
Nota:
✔ Kos membuat kuih ini amat rendah namun hasil pulangannya lumayan.
✔ 1 telap besar boleh dapat lebih 150 keping. Sangat menjimatkan.
✔ Sesuai dicuba untuk dibuat sebagai kuih raya.
Sumber: