Oleh pada 30 Aug 2020 kategori

Kuey teow Hong Kong adalah yang disaluti telur. Ianya juga dikenali sebagai kuey teow kung fu.

Manakala kuey teow ladna pula adalah yang disaluti kicap. Untuk kiub pati ayam, pemilik resepi letakkan separuh untuk hidangan dua orang.

Kuey Teow Ladna vs Kuey Teow Hong Kong

Bahan-bahan:

  • Kuey teow 
  • Telur
  • Kicap manis

Untuk kuah: 

  • Bawang putih (2 ulas) 
  • Telur (1 biji)
  • Sos tiram (sedikit)
  • Kiub pati ayam (sedikit)
  • Kailan
  • Bunga kubis
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Ayam/udang/sotong/daging
  • Garam (secukupnya )
  • Air tepung jagung (sedikit)

Cara-cara penyediaan bergambar:

kuey teow ladna vs kuey teow hong kong default 1

1. Gaulkan kuey teow dengan kicap manis. Kemudian, goreng dengan sedikit minyak sahaja.

2. Gaulkan kuey teow dengan sebiji telur. Agak-agak sahaja, hidangan ini untuk dimakan seorang.

3. Setelah kuey teow kelihatan menjadi layu, angkat.

4. Selepas digoreng. Pemilik resepi sukakan yang garing.

5. Pemilik resepi gunakan sotong.

6. Cara memasak kuah:

  • Tumiskan bawang putih dan masukkan sos tiram. Kacau dan masukkan air.
  • Setelah mendidih, barulah masukkan sayur-sayuran dan sotong. Pemilik resepi gemar masukkan lobak merah sebelum mendidih supaya lembut sedikit untuk dimakan oleh anaknya.
  • Masukkan telur dan jangan terus kacau kerana dibimbangi terlalu hancur. Kemudian, kacau perlahan-lahan. Setelah kelihatan seperti mahu masak, barulah masukkan air tepung jagung. Kacau sehingga sedikit pekat. Perasakan dengan garam.

kuey teow ladna vs kuey teow hong kong 9

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Ifah Mohd Zaki [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)