Oleh pada 10 Apr 2019 kategori

Roti bulan sabit atau croissant dalam bahasa Inggeris, adalah sejenis pai yang berasal dari Perancis.

Ia diberi nama sebegitu disebabkan mempunyai bentuk yang sama dengan sabit.

Menghasilkan roti bulan sabit dengan tangan memerlukan tahap kesabaran disebabkan ianya boleh mengambil masa dalam tempoh beberapa hari.

Kini, roti bulan sabit dalam jumlah yang banyak lazimnya dihasilkan dengan menggunakan mesin.

Di Perancis, roti bulan sabit lazimnya dijual tanpa isi dan dinikmati tanpa tambahan mentega.

Di negara-negara lain, roti bulan sabit turut diisi dengan coklat, daging dan lain-lain.

Ia paling enak dimakan ketika masih baru keluar dari ketuhar. 

 

Croissant (Roti Bulan Sabit)

 

Langkah 1: Buat doh

 

Bahan-bahan:

  • Air susu (275g)
  • Mentega (50g)
  • Yis (15g)
  • Tepung gandum (500g)
  • Garam (10g)
  • Gula (38g)

 

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan kering di dalam mixer. Tuang susu dan mentega cair perlahan-laha ke dalam adunan dan uli lebih kurang 2-3 minit pada kelajuan perlahan.

2. Kemudian, uli lagi doh selama 2-3 minit pada kelajuan sederhana.

3. Rehatkan doh dalam 10-15 minit.

4. Leperkan doh menjadi segi empat, balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

 

Langkah 2: Blok mentega

 

Bahan-bahan:

  • Mentega (250g)

 

Cara penyediaan:

Sediakan blok mentega. Ketuk dan leperkan dengan rolling pin. Jadikan ia segi empat dengan ketebalan sekitar 1-2 cm.

 

Langkah 3: Melipat

 

1. Mula-mula perlu pastikan mentega dan doh mempunyai konsistensi yang sama. Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut, bagi sehingga mudah dibentuk sahaja. Roll (gulung) doh menjadi segi empat.

2. Letak blok mentega di tengah-tengah doh dan lipat sudut doh supaya mereka bertemu di tengah-tengah.

3. Gulung doh supaya ia adalah 3 kali lebih panjang dari saiz asal.

4. Balut dan berehat di chiller (pendingin) untuk sekurang-kurangnya 30 minit.

5. Ulang langkah melipat tersebut lagi 2 kali. Jumlah 3 kali lipatan baru dapat lapisan yang cantik.

6. Perlu membiarkan doh sejuk dan rehat seketika dalam peti ais setiap kali lipat.

7. Simpan dalam chiller selepas lipatan terakhir. Lebih elok dibiarkan semalaman.

 

Langkah 4: Dividing/Shaping

Roll doh kepada 4-5 mm ketebalan. Dipotong menjadi segi empat tepat dan potong lagi menjadi segi tiga.

 

Langkah 5: Proofing dan Baking

1. Proof sehingga saiz doh menjadi 2 kali ganda (suhu antara 27-29 ̊C).

2. Berus dengan egg wash dan bakar pada kira-kira 170-180 ̊C (bergantung pada ketuhar masing-masing) sehingga warna keperang-perangan.

croissant 1

 

Tips:

✔ Pastikan suhu bilik tidak panas ketika melipat. Jika tidak, mentega tersebut cair dan layer tidak menjadi. Jika mentega mula lembik, cepat-cepat masukkan dalam peti ais.

✔ Masukkan doh dalam peti ais setiap kali selepas melipat. Biar ia set semula.

✔ Gunakan mentega premium untuk dapatkan hasil yang terbaik.

 

Sumber:

1. Ain Mardhiah [1, 2]

2. Wikipedia Roti Bulan Sabit




Hakcipta iluminasi.com (2017)