Oleh pada 15 Dec 2019 kategori

Kami kongsikan sedikit tips supaya jeli kelapa tidak mudah basi dan tahan lama selama seminggu lebih dalam simpanan peti ais. Tips ini sesuai untuk digunakan oleh para peniaga. 

Isi kelapa yang telah dilorek hendaklah dibasuh terlebih dahulu dengan air biasa sehingga tiada air putih santan pada isi kelapa tersebut. Kemudian, tapis dan toskan betul-betul dan barulah boleh diletakkan ke dalam larutan air jeli kelapa tersebut.

Jika untuk dimakan sendiri, sila abaikan tips ini. Ini kerana jika buat, tidak sempat simpan, sehari sudah habis.

Nota: Tips ini diambil dari resepi jeli kelapa versi kedua. Sila lihat di bawah untuk resepi tersebut.

Jeli Kelapa (Versi 1)

Bahan-bahan:

  • Agar-agar (10g)
  • Daun pandan (sehelai)
  • Air (1.5 liter)
  • Air kelapa (1.5 liter)
  • Gula (anggaran 10 sudu) - agak-agak mengikut tahap kemanisan yang dimahukan 
  • Garam (secubit)

Cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar dengan daun pandan, gula, garam dan air sehingga mendidih. Kemudian, masukkan air kelapa.
  2. Apabila mendidih, tutup api. Boleh isi dalam bekas dan sejukkan. Isi kelapa tersebut dicarik-carikkan sahaja masuk dalam bekas.

Jeli Kelapa (Versi 2)

jeli kelapa 2

Bahan-bahan:

  • Agar-agar tali (25g) - 1 paket 25g
  • Gula (700g)
  • Air biasa (3.5 liter)
  • Air kelapa (3.5 liter)
  • Daun pandan (4 helai)

Cara penyediaan:

1. Masukkan air biasa, air kelapa, gula, agar-agar dan daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan sehingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya.

2. Masukkan dalam bekas.

3. Masukkan isi kelapa muda yang telah dilorek dan ditos terlebih dahulu. Boleh gunakan tips di bahagian awal artikel jika mahu berniaga.

4. Sejukkan sehingga menjadi keras jeli. Siap. 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. ALeya Seolihah [1, 2]

2. Noraini Hussin [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)